Watie Masih Belum Bayar Hutang Walau Satu Sen Pun – Hana Elite

loading...


Gagal membayar pinjaman bank untuk ansuran kenderaan jenis Toyota Wish yang menggunakan nama Hana Elite sehingga mengakibatkan Hana diisytiharkan muflis, pelakon Watie Sadali bagaimanapun masih lagi berdegil dan tidak membayar walau satu sen pun hutangnya yang berjumlah RM 112,000 kepada Hana seperti diperintahkan Mahkamah Sesyen Selayang pada Oktober tahun lalu.



Sehingga ke hari ini saya masih belum menerima sebarang bayaran seperti mana diperintahkan pihak mahkamah sejak Oktober tahun lalu. Saya sendiri tidak tahu apa masalah dia (Watie) tidak mahu membayar hutang tersebut. Alasan dia tidak tahu mengenai perintah tersebut memang tak masuk akal.

Hana sekali lagi menegaskan beliau tidak teragak-agak untuk membawa kes mereka ke Mahkamah Tinggi kerana mahu membela haknya. Kedegilan Watie yang enggan membuat bayaran tersebut menyebabkan proses membersihkan nama Hana daripada senarai bankrap terganggu.



Saya difahamkan oleh peguam pihaknya juga ada melantik peguam dan saya sendiri akan membawa kes tersebut ke Mahkamah Tinggi sekiranya dia tetap berdegil bagi mendapatkan hak saya.

Terdahulu, Hana diisytiharkan muflis pada 1 April 2013 dan tidak boleh ke luar negara gara-gara Watie gagal membayar bukan sahaja ansuran bulanan malah cukai jalan serta insurans sejak September 2010.

Watie diperintah membayar RM112,000 melalui Jabatan Insolvensi bagi memadamkan nama Hana yang disenaraihitamkan. Untuk permulaan, Watie dikehendaki membayar sebanyak RM99,500 sebagai bayaran pertama kepada Ketua Pengarah Jabatan berkenaan sebelum atau pada 30 November tahun lalu dan baki sebanyak RM2,500 sebulan bermula Januari sehingga Mei 2018 perlu dibayar secara berperingkat. Keputusan itu dibuat selepas Watie tidak mampu membayar tuntutan saman penghakiman berjumlah RM707,351.81 yang diperintahkan mahkamah sama pada 10 Mac 2015.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.