(Video) Pemandu BMW bunuh pekerja car wash kerana lambat cuci keretanya

loading...

Berang kereta lambat dicuci, seorang pemandu kereta jenis BMW bertindak menumbuk dua kakitangan premis cuci kereta dan salah seorang mangsa meninggal dunia serta-merta di tempat kejadian, lapor Daily Mail. 

Tindakan lelaki Rusia terbabit dirakam kamera litar tertutup (CCTV) menunjukkan suspek menumbuk dua kakitangan berkenaan yang didakwa mengantuk dan lambat mencuci keretanya apabila dia tiba pada jam 3.30 pagi. 

Dalam kejadian di Stupino, berdekatan Moscow, mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak ke lantai selepas ditumbuk oleh suspek.


Lelaki warga asing berusia 39 tahun itu kemudian dikejarkan ke hospital dan berada dalam keadaan koma. Namun tidak beberapa lama kemudian mangsa disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah di bahagian kepala. 

Mangsa kedua juga cedera, tetapi tidak mengalami kecederaan yang kritikal. 

Suspek yang tidak dinamakan itu kemudian ditahan selepas kejadian itu. 

Suspek mengaku melakukan jenayah itu dalam sebuah video yang disiarkan oleh pihak polis. 

Jika didapati bersalah, suspek akan dipenjara selama lapan tahun kerana menyerang mangsa sehingga menyebabkan kehilangan nyawa. 



Berdasarkan video pengakuan suspek, suspek juga mengaku pernah dipenjara sebelum ini atas kesalahan pecah rumah secara berkumpulan. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.