Dr Amalina Bakri ‘Korban’ Teori Konspirasi Freemason? Lihat Tepisan Bergaya Wanita Ini

loading...


Dr Amalina Bakri boleh dijadikan ikon wanita berjaya kebanggaan Malaysia. Pernah menggegarkan negara dengan kecemerlangannya dalam SPM 2004, dia kini menyumbang bakti sebagai doktor bedah di Kota London, United Kingdom.

Disebalik pencapaiannya itu, masih ada yang masih memberi label negatif kepadanya. Tambah parah, tuduhan tidak berasas itu dari seorang bergelar ustaz!

Kelakarnya



Seorang netizen mengatakan dia ada menonton video ceramah seorang penceramah, Ustaz Auni di Facebook. ustaz berkenaan yang popular dengan pembongkaran teori konspirasi ada menyebut nama Dr Amalina sebagai salah satu ‘mangsa’ yang ‘dilingkupkan’.

Selain Amalina yang dikatakan bertukar menjadi kaki sosial di luar negara, nama-nama genius tempatan seperti Sufiah Yusof, Adi Putra dan Ainan Celeste Hawley turut disebut oleh ustaz itu. Hanya Adi Putra yang masih tidak ‘lingkup’ berbanding Sufiah yang dilaporkan menjadi pekerja seks manakala Ainan terperangkap dengan najis dadah.

Hebat sungguh teori mereka



Walaupun dikaitkan dengan tuduhan berat sebegitu, Amalina tidak melenting atau melatah. Sempat lagi memuji kehebatan teori yang diutarakan ustaz itu. Namun dia bersedih kerana seorang ustaz menggunakan conspirasi Freemason untuk tujuan dakwah.

Hot chocolate pun agenda Freemason





Masih chill dengan tohmahan itu, Amalina tidak ambil kisah dan menikmati minuman coklat panas kerana kedinginan cuaca di London. Siap perli lagi minuman itu sebagai agenda Freemason juga.

Video ceramah Ustaz Auni


Nama Amalina disebut pada minit 15.51 bersama ‘mangsa-mangsa’ lain teori ciptaan Yahudi ini. Biar betul?

The following two tabs change content below.

    Lagi Yang Viral

    Powered by Blogger.