3 Rakan Artis Aniaya Farid Kamil : Masukkan Dadah Dalam Minuman

loading...


Bulan lalu, peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita pengarah dan pelakon, Datuk Farid Kamil yang mengamuk dan berkelakuan ganas menampar anggota polis dan orang awam serta sah positif dadah jenis ganja.


Pelbagai spekulasi dan persoalan timbul mengapa Farid bertindak sebegitu sedangkan beliau  seorang pelakon yang jarang terlibat dengan mana-mana kontroversi.

Namun, segalanya bakal terjawab tidak lama lagi apabila Farid menerusi laporan polis yang dibuat baru-baru ini mendakwa apa yang berlaku adalah angkara perbuatan khianat 3 orang rakan artis yang sengaja memasukkan dadah dalam minumannya.



Farid akui beliau tidak mampu berfikir ataupun tidak begitu waras kerana telah meminum air yang mengandungi bahan  terlarang tersebut sehari sebelum insiden di balai polis itu berlaku.  Bukan itu sahaja, rakan artis berkenaan turut memberikan Farid rokok yang bersalut dengan sejenis  cecair yang tidak diketahui sehingga membuatkan dirinya berasa khayal.

Ketiga-tiga rakan artis termasuk seorang pelakon dan pengarah, seorang penyanyi yang pernah terkenal dengan genre R&B semasa 1990an serta seorang lagi pelakon.



Ketua Pegawai Penyiasat, SAC Fadzil Ahmat mengesahkan yang Farid telah membuat laporan rasmi berkenaan keadaannya sehingga menyebabkan perlakuannya bertukar ganas.

Farid membuat laporan tentang banyak perkara dan pihak kami akan memastikan siasatan penuh akan dilakukan.



Pada masa yang sama, Farid juga ada menyatakan rasa tidak puas hati terhadap layanan yang diberikan oleh pihak polis dan turut menamakan pegawai polis yang terlibat sehingga menyebabkan dirinya mengalami kecederaan dan mempersoalkan bagaimana foto beliau ditahan boleh viral di media sosial serta kepada pihak media.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.