(Video) 'Kenapa lari?!' - Pemandu Myvi didakwa langgar lari dibelasah orang awam sebelum disamun

loading...

Seorang lelaki berusia 39 tahun yang terbabit dalam kes langgar lari di Lebuhraya Damansara Puchong (LDP) di Batu 13, Subang Jaya, cedera dipukul sekumpulan lelaki, lapor Harian Metro.

Dalam kejadian jam 7 petang Jumaat lalu, lelaki terbabit yang memandu kereta Perodua Myvi didakwa telah melanggar seorang penunggang motosikal Honda Wave sehingga menyebabkan kecederaan di bahagian rusuk.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Mohammad Azlin Sadari berkata, susulan kejadian itu, lelaki terbabit dikejar oleh orang awam sebelum dipukul di tepi jalan. 


Berdasarkan rakaman video yang viral di media sosial, lelaki terbabit ditendang, dipukul di bahagian kepala sehingga menyebabkan pendarahan yang banyak sebelum polis peronda tiba di lokasi kejadian untuk meredakan keadaan. 

Susulan kejadian itu, pemandu Myvi berkenaan membuat laporan polis kerana dipukul dan beberapa barangan miliknya seperti telefon, Smart Tag, dompet, dokumen peribadi dan kunci kereta dan kunci rumah yang diletakkan dalam keretanya hilang dicuri individu yang tidak bertanggungjawab. 

"Polis akan mengenal pasti dan mengesan suspek serta saksi awam di dalam rakaman video ketika kejadian yang tular di media sosial terbabit untuk siasatan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 394 Kanun Keseksaan kerana samun mendatangkan kecederaan,” katanya..





Sementara itu, mangsa langgar lari yang kini menerima rawatan di Hospital Serdang juga membuat laporan polis berhubung kejadian itu dan polis juga akan menyiasat kemalangan tersebut mengikut Seksyen 4(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.