'Tolong...' suara bisikan orang dari dalam kereta itu - Peristiwa seram di parking mall terkenal di JB

loading...

Terdengar suara meminta tolong, ternampak tulisan 'tolong' di cermin kereta yang dipercayai sudah terbiar lama di tempat letak kereta menimbulkan rasa curiga lelaki ini untuk menyiasatnya. Meskipun takut, namun digagahkan diri untuk mendekati kereta itu. 

Bagi mereka yang suka menonton filem lewat malam di pusat beli-belah, mungkin anda perlu berhati-hati dan tidak meletakkan kereta di zon sunyi atau anda akan berdepan dengan situasi sama yang dialami oleh lelaki ini. 

INI kisah seram tentang kereta yang ditinggalkan di sebuah parkir bertingkat di sebuah pusat beli-belah yang terkenal di Johor Bahru. Kalau kau suka tengok midnight movie, sila baca thread ini. 

Aku jarang tengok movie, tetapi kalau aku pergi, emsti midnight show sebab setiap hari aku kerja dua syif pagi dan petang. Selepas kerja saja ada masa nak tengok movie. 

Jadi, satu malam itu seperti biasa selepas syif petang, aku book siap-siap movie di panggung sebuah pusat beli-belah terkenal di Johor Bahru. 

Biasanya aku akan letak kereta di parkir bertingkat di pusat beli-belah berkenaan. Parkir di aras paling dekat dengan pintu masuk ke panggung itu selalu penuh, jadi aku letak kereta di tingkat mezanin di bawah tingkat berkenaan. 

In case you guys tak tahu, mezanin itu adalah tingkat dia antara dua tingkat sesuatu bangunan. Oleh kerana mezanin itu tak antara dua tingkat, tak ada pintu masuk direct ke bangunan berkenaan. Kena naik setengah tangga ke aras atas baru boleh masuk ke mall. Obviously ramai malas naik turun tanggaa, jadi mezanin floor ini selalu kosong.

Malam itu bila aku sampai ke mezanin floor, aku nampak ada sebuah kereta Proton Saga generasi pertama. Aku pun letak kereta selang satu kereta dari kereta tersebut. Selepas itu aku terus bergegas naik ke panggung. 

Aku tak ingat filem apa yang aku tengok, tetapi filem itu tak menarik. Selepas habis saja, aku terus bayar parking tiket. Kemudian turun ke tingkat mezanin di bawah untuk ke kereta aku. 

Semasa aku nak masuk ke dalam kereta, aku terasa seperti ada orang yang memerhatikan aku dari dalam kereta Proton Saga itu. Aku pun tolehlah ke arah kereta itu. 

Tingkat kereta itu sudah berlumut. Bumbung dan hud dipenuhi debu. Tayarnya sudah kempis seperti sudah lama ditinggalkan di situ. Yang penting, tiada orang di dalamnya. 

Jadi aku buka pintu kereta aku dan terdengar seperti kereta Proton Saga itu bergoncang. Waktu itu aku sedang membelakangi kereta itu tetapi aku rasa kereta itu bergoncang sebab aku terdengar bunyi absorbernya berkeriuk. 

Jantung aku berdegup laju, meremang terus bulu roma di tengkuk. 

"Keriuk... keriuk..."

Kereta itu berbunyi lagi. Aku nekad untuk menoleh ke belakang untuk periksa. Tetapi sebelum itu aku buka pintu kereta aku dan ambil steering lock di bawah kerusi pemandu. Bimbang jika ada orang yang mahu merompak, jadi aku perlu bersedia. 

Selepas itu aku menoleh, namun kereta itu pegun saja bila aku lihat. Cuma di bahagian cermin sisi di sebelah tempat duduk belakang ada tulisan 'TOLONG'. 

Jantung aku macam nak luruh. Tadi aku rasa tak ada tulisan itu. Tulisan itu seperti ditulis orang menggunakan jari di atas cermin yang berhabuk. 

"Ke tadi aku tak perasan?" 

"Hoi! Jangan main-mainlah!" aku jerit sambil sua steering lock ke arah Proton Saga itu. Manalah tahu kalau benar ada orang yang berniat nak kenakan aku atau penjenayah ke. 

Selepas lima minit, tiada sebarang respon. Sunyi sahaja dan yang kedengaran hanya desiran angin. Tingkat mezanin ini kalau tak silap antara tingkat empat dan lima. 

Sedang aku memerhatikan kereta itu dari jauh, tiba-tiba kereta itu bergoyang. Lutut aku terus lemah, tangan terketar-ketar. Tetapi aku genggam kemas steering lock dalam tangan. 

"Jangan main-main weh!!" aku jerit dengan suara yang menggigil antara cemas dan seram. 

Tiba-tiba kedengaran,

"Tolong..." suara bisikan orang dari dalam kereta itu. Tidak pasti suara perempuan atau suara kanak-kanak tetapi suara itu lemah seperti tidak bermaya. 

Aku terus meluru ke arah kereta itu. Aku tahu korang mesti rasa aku bodoh tetapi kau kena tahu kenapa aku bertindak seperti itu sebab aku seorang doktor. Memang naluri aku akan bertindak untuk membantu orang yang ditimpa kecelakaan atau yang cedera. 

Aku bayangkan ada orang terperangkap dalam kereta itu dan aku kena tolong dia! 

Sampai di kereta itu dan bila dijengah ke dalam, tak nampak sebab tingkap berlumut. Aku lap cermin tingkap dengan tangan. Debu di cermin hilang tetapi tulisan 'tolong' itu tidak hilang. Lumut masih tebal tetapi belah dalam cermin. 

Baru aku sedar, tulisan itu ditulis dari dalam. 

"Lari jauh dari tingkap ini!!!" arah aku sebelum menghayun steering lock pada cermin itu. 

PRAKKKK! 

Cermin itu retak. Aku hayun sekali lagi baru tembus cermin itu tetapi sebab ada tinted layer, serpihan kaca itu tidak bertaburan. 

Aku tinjau dari lubang pada kaca itu, tak nampak ada sesiapa di dalamnya tetapi bau hapak menerpa hidung aku. Seperti bau kain basah diperam. Mata aku berair sehingga aku lepaskan batuk dua tiga kali. Selepas itu terus clearkan kaca dari tingkap tadi. 

Aku masukkan tangan melalui tingkap itu dan buka pintu kereta dari dalam. Bila pintu dibuka, aku kuakkan seluasnya dan jengah ke dalam. 

TIADA ORANG WEH! 

Tak puas hati, aku tinjau tempat duduk depan juga tiada orang! Mustahil! Tak mungkin! Aku yakin aku terdengar suara orang meminta tolong tadi. 

Sedang aku memeriksa kereta itu tiba-tiba terdengar lagi suara "Tolong...". Kalau tiada di dalam kabin kereta, maknanya mesti ada di dalam but kereta! 

Aku terus kelaur dari kabin dan ke belakang kereta tetapi tidak boleh dibuka. Terlupa nak tarik lever di tempat duduk depan dek tergopoh-gapah punya pasal. 

Jadi aku pergi tarik lever, pergi semula ke belakang dan terkejut apabila tengok keadaan dalam but itu. Setahu aku, but Saga tidak akan terkuak sendiri selepas ditarik lever. Kena angkat pintu itu secara manual. Tetapi bila aku sampai di belakang tadi, pintu but itu sudah terngaga luas. 

Aku terus menoleh ke kiri kanan, manalah tahu jika orang yang terperangkap di dalam but tadi sudah keluar. Malangnya tiada sesiapa. Tidak mungkin orang itu lari dengan begitu cepat sampai aku tak nampak. Kalau dia lari pun, mesti aku dengar. Shit! Sekali lagi bulu roma aku meremang. 

Aku jengah sikit dalam but Saga itu, manalah tahu ada apa-apa. Yang ada cuma sepasang safety boot. 

"Encik buat apa tu?"

Terkejut aku bila ada orang menyapa aku dari belakang. Bila ditoleh, rupanya pak guard. 

"Tak ada, tadi..." aku pun ceritalah dari A-Z mengenai apa yang berlaku. 

Mukanya tenang saja bila mendengar cerita aku dan selepas itu dia berkata, "Kereta ini memang keras. Kami pun selalu rasa lain macam bila ronda dekat kereta ini." 

"Habis, pihak mall tak buat apa-apa ke?" soal aku. 

"Suspek kereta curi, tetapi dah check dengan polis dan tak ada laporan kehilangan kenderaan ini," katanya. 

Selepas berborak dengan pak guard itu, dia pesan jangan parking di situ lagi. Dia juga pesan nanti bila nak balik, sebelum masuk kereta baca-bacalah apa yang patut. Takut benda itu berpindah ke dalam kereta aku. Peh! Makin seram pula aku dibuatnya. 

Dalam perjalanan pulang ke rumah, aku bawa laju gila dan berjuta-juta kali aku toleh cermin pandang belakang sebab cuak weh! Sampai di rumah aku baca ayat Qursi sebelum masuk ke rumah. 

"Heeeeeehehehe..." terdengar suara mengilai. Kebas bibir aku, meremang satu badan. Lari masuk rumah terus selubung atas katil. 

Seminggu selepas itu, aku lalu semula parking mezanin itu. Kereta Proton Saga itu dah tak ada, dah kena tunda agaknya. 

Pengajaran:
  1. Jangan parking dekat tempat yang tiada orang, bahaya. Kena samun nanti susah. Kena 'kacau' lagilah naya. 
  2. Kalau ada benda yang mencurigakan, terus cari pak guard. Jangan pandai-pandai siasat sendiri, bahaya! Utamakan keselamatan diri. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.