Saya Dan Diana Baik-Baik Sahaja, Tiada Masalah Antara Kami – Farid Kamil

loading...


Dikatakan membuat laporan polis berkaitan masalah rumah tangganya, pelakon dan pengarah Datuk Farid Kamil menjelaskan hubungan beliau bersama isteri tercinta, Datin Diana Danielle tidak mempunyai sebarang masalah.


Malah, beliau bersyukur kerana isteri dan anak-anaknya berada disampingnya ketika melalui saat-saat yang sukar dalam hidupnya kini.

Kami baik-baik saja.Tiada masalah antara kami. Saya bersyukur ada isteri dan anak-anak bersama-sama dalam situasi begini. Mereka sentiasa mendoakan kesejahteraan saya.



Ditanya mengenai foto laporan polis yang dimuat naik di akaun Instagramnya, Farid bagaimanapun enggan memberikan sebarang komen kerana kes tersebut masih dalam siasatan polis. Farid hanya mengucapkan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang tidak henti memberikan sokongan kepada beliau selama ini.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.