'Rimas dengan awek sebab tak bebas nak main game'

loading...

"Umur 22 tahun, kau nak main game apa lagi?" demikian tweet dimuat naik wanita ini yang mengundang pelbagai reaksi netizen. 

Tweet itu dimuat naik kerana Jasmine beberapa rakannya selalu mengadu yang mereka dimaki oleh pasangan masing-masing kerana menganggu masa mereka bermain game. 

"Umur 22 tahun ini, kalau lelaki cerita pasal rimas dengan awek sebab tak bebas nak main game, awek dia dah boleh mula cari orang lain dah saya rasa. Umur 22 tahun kau nak main game apa lagi? Orang dah fokus nak stabilkan masa depanlah ngok

"Kawan-kawan perempuan saya ramai yang tiba-tiba kena maki teruk gila sebab kononnya mereka telah menganggu pasangan mereka bermain game. Padahal si dia tak beritahu pun nak main game. Tahu-tahu saja, hilang. 

"They don't treat girlfriend dengan betul. Jadi saya cakap dengan girlfriend dia, 'You cari orang lain since your boyfriend tak peduli pun pasal you'," tulisnya. 

Bagaimanapun, tweetnya itu mengundang reaksi negatif dari segelintir netizen yang tidak bersetuju dengannya sehingga ada yang memintanya pergi mati. 

Jelas Jasmine, segelintir netizen berkenaan mungkin telah salah faham dengan tweet yang dimuat naiknya itu. Malah mereka tidak cuba memahami maksud tersirat berbanding tersurat. 

"Bawa bertenang, jangan marah saya. Saya bukan kata lelaki ini bangang sebab main game ke apa. Cuba fahamkan dulu, tweet saya pun untuk perempuan yang tidak dilayan dengan betul. Bukannya semua manusia di atas muka bumi ini. Chill okey. 

"Kalau awak rasa awak boleh bahagikan masa dengan baik dan tidak membiarkan game kuasai fokus awak, then move on la, jangan baca tweet saya. Tweet saya ini ditujukan khas untuk manusia yang bermain game sehingga abaikan solat, abaikan study dan tidak tahu menguruskan masa sendiri kerana leka dengan game," jelasnya. 

Tidak salah mempunyai hobi bermain game, tetapi jangan sampai terabai perkara-perkara yang tidak sepatutnya diabaikan. Bahagikan masa anda dengan baik, dahulukan perkara yang penting agar kehidupan seharian anda lebih bermakna. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.