Nasi Selalu Terbazir Sebab Bekas Tapau? Ini Sebab Ianya Direka Sebegitu. Bukan Saja-Saja Tau!

loading...


Semua benda dicipta dengan sebab dan alasan tersendiri. Namun, tidak semuanya dalam jangkauan pengetahuan kita. Biasalah, kadang-kadang kita lebih selesa untuk tidak ambil kisah, walaupun ada perkara yang mungkin berkait dengan hidup seharian.

Korang pernah terfikir tak pasal bentuk lekuk pada bekas tapau makanan pengganti polisterin? Ramai merungut mengatakan makanan terutamanya nasi terbazir kerana ciri ini. Seorang wanita di Twitter mendedahkan fungsi sebenar pembungkus makanan ini. Bukan saja-saja buat macam itu rupanya.

Bermula dengan pertanyaan seorang netizen




Seorang pengguna Twitter menghantar satu tweet mempersoalkan fungsi dan sebab garis-garis lekukan pada bekas tapau sehingga menyukarkan dia menghabiskan makanan tersisa. Mesti semua orang pernah alami benda ni kan?

Rupanya untuk senangkan proses kitar semula




Pengguna twitter, Orkedlaaa menjelaskan ciri berkenaan dibuat untuk memudahkan proses kitar semula bekas berkenaan apabila dibuang. Iyalah, kalau sudah terlalu banyak sampah, mestilah kena kitar semula untuk kebaikan alam sekitar kan?

Saintis berusaha memelihara alam sekitar dari tercemar




Saintis dan aktivis alam sekitar berusaha keras untuk memelihara alam sekitar dari terus tercemar. Apabila berjaya menemukan cara mengurangkan bahan buangan plastik, ianya satu pencapaian besar dalam inovasi.

Turut berfungsi menguatkan struktur bekas




Bekas berkenaan dibuat dari plastik yang dikitar semula. Salah satu sebab kepada rekaan  berkenaan adalah untuk menguatkan bekas. Selain itu, ia juga berperanan mengurangkan tenaga ketika dikitar semula. Maknanya kurang tenaga diperlukan semasa proses pemampatan, pengoyakan dan pencairan.

Plastik kitar semula berkemungkinan besar tidak dijadikan item plastik sama dari produk sebelumnya. Bekas berkenaan mungkin berasal dari botol plastik. Lagi lembut bahan plastik, lebih senang ianya diuraikan.

Lengkungan membuatkannya lebih tahan dan kukuh







Sumber: Orkedlaaa

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.