'Mata dia merenung tajam pada Afya' - Ibu dakwa lelaki warga asing cuba menculik anaknya

loading...

Ibu bapa dinasihatkan berhati-hati apabila membawa anak di pusat beli-belah atau di pasar raya. Ini kerana adalah tidak mustahil penjenayah menyasarkan ibu bapa yang leka dan tidak mengawasi anak-anak mereka yang berkeliaran tanpa pengawasan. 

Baru-baru ini seorang ibu menceritakan detik-detik cemas apabila dua dan anaknya dihampiri oleh seorang lelaki dipercayai warga asing yang didakwa cuba menculik anaknya di sebuah pasar raya terkemuka. Bagaimanapun kedua-duanya selamat apabila wanita berkenaan mengambil keputusan untuk segera beredar dari tempat kejadian. 

KISAH ini betul-betul berlaku sebentar tadi. Allahu, takutnya, menggigil kaki dan tangan. Sebelum ini baca pengalaman orang lain dalam Facebook tentang pedofilia. 

Jam 4.45 petang, usai saya habis membeli beberapa keperluan facial di Watson dan dek ketiadaan bekalan elektrik di rumah, niat nak lepak di medan selera disebabkan hujan lebat di luar dan nak happykan Afya bagi dia naik Toy Coin Music berhampiran medan selera ini. 

Saya letak Afya di salah satu Toy Coin Music dan leka mencari punat bagi memasukkan duit syiling. Tiba-tiba ada seorang lelaki berkulit gelap, persisnya seperti bukan orang Malaysia. Matanya lekap tajam ke atas Afya sambil berjalan menuju ke arah kami. 

Aku pelik dan terus memerhati tajam ke arahnya. Sebelum ini, jika ada yang sukakan Afya, mereka hanya memerhati sambil senyum ibarat suka dengan kanak-kanak. Tetapi cara pandangan lelaki ini teramat pelik. Dia berjalan ke arah kami dengan pandangan yang tajam pada Afya sambil memegang handphone di tangannya.

Apabila dia sedar yang saya menjeling tajam ke arahnya, dia berjalan menjauhi kami dan berdiri tidak jauh dari kami lebih kurang dalam enam atau tujuh langkah seperti dalam gambar. Kemudian dia sibuk memeriksa telefonnya. 


Saya terus merakam gambar lelaki itu sebagai langkah berjaga-jaga. Kawasan toys ini memang sunyi sebentar tadi. Toy Coin Music ini betul-betul berhadapan dengan Medan Selera Tesco Puncak Alam, tetapi dipisahkan dengan stall Pop Corn dan Waffle semua. 

Rasa tak sedap hati, saya terus menelefon suami dan bercakap dengan lantang seolah-olah suami juga berada di Tesco. Saya memaklumkan kepada suami agar dia mencari kami di situ. Padahal suami tiada di situ dan sedang bekerja jauh di Perodua Rawang. 

Suami pelik kenapa saya bercakap seperti itu. Kemudian saya dukung Afya dan berlari jauh dari kawasan itu dan menceritakan hal sebenar kepada suami. Kemudian suami suruh kami pergi ke kereta.

Kelibat lelaki itu sudah hilang dari pandangan mata kami. Kami terus masuk ke kereta dan kunci pintu. Allahu, menggigil kaki dan tangan saya hanya Allah yang tahu. Terasa sangat modus operandi lelaki itu mahu menculik kanak-kanak. 

Saya kemudian mmemandu keluar dan meronda di luar kawasan pintu Tesco di tempat lelaki berkenaan menunggu. Allahuakbar, memang tidak syak lagi ada seorang lelaki berbaju hitam, muka gelap dan wajahnya mirip seperti lelaki ini serta lagaknya bukan seperti orang Malaysia, sedang menunggu 20 langkah dari pintu luar kawasan toys ini. 

Kawasan toys ini memang strategik sebab terus ke pintu luar dan mereka dapat berlari atau menaiki kenderaan dan terus berlalu pergi dari situ. 

Alhamdulillah, Allah melindungi kami anak beranak. Syukur Ya Allah sebab saya masih tidak lalai, mata sentiasa memerhatikan anak. Fobia terus nak keluar dengan anak selepas ini. 

Posting ini khas buat warga Puncak Alam dan sekitar Selangor. Untuk Pengawal Keselamatan di Tesco Puncak Alam dan PDRM, mohon giatkan rutin rondaan di kawasan Tesco Puncak Alam. Mencegah lebih baik dari mengubati, bukan? Untuk peringatan bersama, beringat sebelum terkena. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.