“Kau Diam, Tak Payah Sibuk Hal Orang,” Redza Rosli Pertahan Ayda Jebat

loading...


Beberapa hari lepas, cerita yang bertebaran di Internet ialah mengenai pelakon dan penyanyi Ayda Jebat yang sering datang ke set penggambaran drama Isteri Untuk Diiktiraf yang membariskan Redza Rosli dan Elvina Mohamad sebagai pelakon utama.


Ada yang mendakwa ia kerana Ayda terlalu cemburu Redza akan rapat dengan pelakon wanita lain, sehinggakan menyukarkan pihak yang ingin berurusan dengan Redza. Ayda bagaimanapun enggan mengulas lanjut dan tetap menyatakan dia dan Redza hanya bersahabat baik dan bukannya bercinta.

Terbaru, produser Isteri Untuk Diiktiraf, Sheila Rusly memuat naik satu kapsyen di Instagram mendakwa merasa hairan mengapa ada pihak yang membangkitkan mengenai keberadaan Ayda di set tersebut sedangkan dia sebagai produser dan suaminya Jinggo selaku pengarah drama pun tidak mengatakan apa-apa.


Bagaimanapun, seorang pengguna Instagram memberi komen bahawa dia menerima DM pertanyaan sama ada pelakon wanita utama Isteri Untuk Diiktiraf ialah Ayda Jebat dan bukannya Elvina Mohamad. Dia mendakwa, kekerapan Ayda di set penggambaran menyebabkan orang ramai keliru siapa sebenarnya pelakon utama drama itu.

Keseluruhan artikel dengan membaca entri ini sepenuhnya.


Komen @YukiAfiq22 bagaimanapun dibalas oleh Sheila dan Ringgo:



Redza juga turut membalas komen pengguna Instagram tersebut, memintanya diam:


Tinjauan penulis mendapati penguna Instagram tersebut ialah pemuja gandingan Redza Rosli dengan Janna Nick dalam drama Di Pintu Syurga.

Ayda sebelum ini juga mendakwa rapat dengan Redza kerana dia tidak mempunyai ramai kawan untuk berborak dan berkongsi cerita.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.