Farid Kamil Posing Depan Balai Dengan Laporan Polis, Kes Apa Pula Ni?

loading...


Isu melanda pelakon dan pengarah, Dato’ Farid Kamil semakin reda setelah mahkamah memutuskan dia dibenarkan ikat jamin pada 16 Januari lalu. Majistret Nor Ariffin Hisham kemudian membenarkan Farid Kamil diikat jamin RM3,000 bagi setiap pertuduhan dengan seorang penjamin.

Setelah kes itu, Farid Kamil menyepikan diri seketika dari dunia seni. Terbaru, pelakon Legenda Budak Setan membuat satu posting di Instagramnya, sebentar tadi.

‘Saya akan terus memperjuangkan nasib orang teraniaya’



Farid Kamil menerusi Instagramnya itu berterima kasih kepada pengikutnya atas kata-kata semangat dan doa yang diberikan kepadanya ketika menghadapi saat getir itu.

Assalamualaikum… Terima kasih atas iringan doa-doa dari kalian, semoga Allah swt akan terus merahmati kita Semua. Insya Allah dgn kudrat yg masih tinggal ini saya akan terus memperjuangkan nasib orang2 teraniaya..

Pinta saya supaya kalian semua dapat mendoakan supaya perjalanan yg berliku ini dapat di tempuhi..Amin.

Pos berkenaan disertakan dengan gambarnya posing dengan laporan polis di depan sebuah balai polis. Namun tidak dapat dipastikan butiran lanjut mengenai laporan yang dibuatnya.

Peminat nyatakan sokongan





Sumber: Farid Kamil 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.