Didakwa Tampar Polis & Tendang Orang Awam, Farid Kamil Ditahan?

loading...


Lumrah sebagai seorang selebriti, setiap gerak-geri sentiasa menjadi perhatian media termasuklah netizen. Pendek kata, mereka sentiasa menjadi bualan ramai tambah-tambah lagi jika terpalit dengan isu kontroversi.

Terbaru, seorang seorang pelakon lelaki popular yang baru sahaja mendapat Datuk, Farid Kamil ditahan polis didakwa menampar anggota polis dan menendang orang awam.

Menampar anggota polis



Mengikut laporan Utusan Online, dalam kejadian yang berlaku jam 1.20 tengah hari tadi, pelakon tersebut menampar anggota yang sedang menerima aduannya disaksikan beberapa petugas dan orang awam. Pada awalnya pelakon tersebut bersama seorang rakan datang ke balai polis untuk membuat laporan kes kemalangan jalan raya.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din mengesahkan pelakon yang berusia 37 tahun itu masih berada di balai polis berkenaan untuk siasatan lanjut. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 90 Akta Polis kerana berkelakuan tidak senonoh di balai polis.

Saya mengesahkan kejadian berkenaan. Ketika ini pelakon berusia 37 tahun terbabit masih berada di balai berkenaan. Kita tahan beliau untuk siasatan lanjut.

Pihak polis juga akan menjalankan siasatan terperinci bagi mengenalpasti sama ada pelakon berkenaan berada di bawah pengaruh dadah atau tidak.

Tendang orang awam




Harian Metro turut melaporkan, dia juga didakwa turut menendang kaki orang awam yang berada dalam balai sebelum ditahan polis.

Selain menampar polis dia turut menendang dua orang awam di dalam balai berkenaan.

Siasatan awal mendapati suspek datang ke balai bersama seorang rakan untuk membuat laporan polis kes kemalangan jalan raya, namun apabila anggota trafik bertanya laporan yang ingin dibuat, suspek kemudian menunjukkan mesej aplikasi whatsapp 300 artis hutang ah long.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.