Didakwa Hina Nabi & Dilabel Pelakon Sampah, Iqram Dinzly Respon Teguran Ustaz

loading...


Semua sedia maklum, rancangan Melodi bersiaran buat pertama kalinya pada tahun 2018 dengan menampilkan hos baru Ajak Shiro dan Janna Nick. Namun, apa yang menariknya rancangan kali ini adalah mereka berjaya menjemput artis LIVE Iqram Dinzly ke set Melodi tengah hari semalam.

Makin panas episod itu apabila kenyataan Iqram Dinzly ketika ditemuramah. Iqram ditanya siapakah gurunya dan dia menyebut salah seorang guru beliau adalah ‘Che Mat’. Dia merujuk ‘Che Mat’ itu sebagai ganti nama kepada Nabi Muhammad SAW. Kenyataannya mendapat perhatian dari seorang ustaz yang bernama Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary. Ustaz itu mendakwa Iqram pelakon sampah kerana merendahkan nama Nabi Muhammad SAW. Ini respon Iqram sendiri.

Live di Melodi



Menerusi episod Melodi semalam, keadaan pada awalnya sedih apabila beberapa soalan dituju kepada Iqram. Iqram sedikit sebak dan menangis apabila pelbagai tohmahan yang dilemparkan ke atas dirinya. Michele selaku penemuramah turut terkesan dengan situasi ini.

Namun keadaan bertukar panas apabila Iqram mula menyebut Che Mat sebagai ganti nama kepada Nabi Muhamaad SAW. Ini respon dari Ustaz Abu Syafiq.

Syorkan ambil tindakan tegas


Di dalam facebook Ustaz Abu Syafiq Al-Asy’ary, rata-rata netizen menyokong pendapat beliau dan ada yang mengatakan Iqram Dinzly tidak berapa sihat sehingga terlepas cakap. Iqram Dinzly membetul kan ayat Che Mat kepada Nabi Muhammad SAW sejurus selepas ayat Che Mat dikeluarkan.

Aku lagi menyampah – Iqram Dinzly



Sampah ? Lagi aku nyampah ular dalam semak bersepah .
Bertulis di FB , ikut cara nabi ? Salah ni ! Ini semua cara yahudi .
Acapkali aku berkata kata kenali diri , kenali seni . Sekiranya ada khilaf , ya diri ini minta maaf dan mohon tunjok ajar bukan dengan mencaci dan menjatuhkan hukuman sendiri ?

Nak tumpang populariti ? Oh tidak mampu untok aku memperhalusi seni diri dengan menghukomi atau mengadili . Jadi kepada ustaz ini , maaf sekiranya pemahaman tuan mengata hamba menghina Nabi , hanya perkataan ‘ CHE MAT ‘ setelah mengatakan TOK GURU dan diusuli kemudiannya menyebut Nabi Muhammad saw itu penghinaan persepsi . Bagaimana pula dengan rakusnya jari jemari tuan meletakkan emosi ketika menulis sehingga boleh mencetuskan kontroversi sedangkan tindakan ini lebih teruk menghina sunnah Rasullah saw yang menyuruh kita berbudi bahasa elok budi pekerti dan adakah benarnya cara tuan menjatuhkan maruah orang oleh dek kerana persepsi tuan seorang diri dengan menaikkan video bercakap seperti bongkak diri ? Mana adabnya sebagai seorang yang ilmu tinggi dalam setiap posisi , sedangkan kita langsung tidak mengenali secara peribadi ?

Jemput bersemuka



Rasanya mufti @drzulkifli.albakri lebih arif tentang ini . InsyaAllah , Allah lebih Maha Mengetahui niat dihati dan sekiranya sudi saya akan berjumpa dengan mufti berbanding dengan #ulardalamsemak yang semakin menular kini .
Ingat ya kita semua bukan maksom bukan Nabi , sekiranya berterusan lagi isu ini , seperti khinzir sondol sana sini… tidak teragak rasanya untok hamba kasi huru hara sampai mati media sosial ini .

Jemput bersemuka wahai ‘ ustaz ini ‘ usah nak guna medium ini untok cari publisiti . Berfikir#positivity | #positiviti itu hadir disisi dengan izin Illahi .
@bawaabata.merebucks mensyukori cara @meloditv3 , Pertingkatkan Prestasi | Elakkan Kontroversi . Hamba sambut dengan terima kasih demi Allah dikasihi .
#nyahkannegativiti | #paksikanpositiviti . ???? #prinxchiqydinzly
Buat #netizen yang dihormati , HATI HATI . Jangan sampai dajjal menguasai diri kau mati dengan #negativity . ?


Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.