Wanita sanggup serah 30 keping gambar bogel selepas ditawarkan RM15K, rupa-rupanya kena tipu

loading...

Seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai Suit, kini berada dalam ketakutan selepas diugut seorang individu yang mahu menyebarkan gambar-gambar bogelnya sekiranya tidak menuruti kemahuan individu terbabit, lapor Harian Metro

Wanita berusia 21 tahun itu mengenali individu berkenaan melalui aplikasi WeChat yang menggunakan nama samaran 'lovebebe2520' sejak 13 November lalu. 

Suit berkata, pada mulanya individu berkenaan memperkenalkan dirinya sebagai pelanggan produk makanan yang dijual syarikat tempatnya bekerja. 

"Pada 1 Disember lalu, ketika saya berada di tempat kerja di Jalan Dato' Onn, individu itu menghubungi saya lagi dan kami berbual menerusi WeChat seperti biasa. 

"Dia menawarkan RM15,000 sekiranya saya menyerahkan gambar bogel saya untuk diberikan kepada majikannya," katanya. 

Tertarik dengan tawaran itu, Suit kemudian menghantar 30 keping gambar bogelnya kepada individu terbabit melalui aplikasi yang sama. Individu itu pula berjanji akan memadamkan kesemua gambar-gambar itu dalam masa tiga  hari selain berjanji akan menghantar wang yang dijanjikan pada sebelah petang di tempat kerjanya. 

"Pada jam tiga petang selepas saya menyerahkan gambar bogel kepadanya, saya menghubunginya melalui WeChat, tetapi dia memberitahu saya yang dia hanya main-main saja. Malah dia meminta syaa memasukkan RM5,000 ke akaun banknya dan jika gagal berbuat demikian, dia mengugut mahu menyebarkan gambar bogel saya," katanya. 

Bimbang kejadian itu berlaku, Suit kemudian memaklumkan perkara itu kepada keluarga serta majikannya sebelum membuat laporan di Balai Polis Pekan Bharu, Rabu lalu. 

Pemeriksaan pada nombor akaun bank yang diberikan itu mendapati, pemilik akaun terbabit adalah lelaki yang dikenali sebagai Samy Muthu. 

Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Mohd Ali Tamby mengesahkan menerima laporan kes itu dan menyerahkannya kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk tindakan lanjut.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.