(Video) 'Dia yang salah, dia pulak nak pukul orang'

loading...

Viral di media sosial video rakaman dashcam seorang lelaki berlagak samseng mengancam menyerang dan merosakkan kereta pengguna jalan raya yang lain, mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang mengecam lelaki itu. 

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 1.13 petang semalam di Klang, mangsa dalam perjalanan menuju ke destinasinya sebelum sampai ke bulan tersebut. 

Bagaimanapun, sebuah kereta yang dipandu lelaki terbabit masuk ke bulatan itu secara tiba-tiba tanpa mempedulikan kereta mangsa yang sedang jalan di bulatan itu. 

Berdasarkan video, mangsa yang terkejut dengan keadaan berbahaya itu terus  menekan bunyi hon dan dipercayai berlaku sedikit pergeselan di antara dua buah kenderaan terbabit. 

Ekoran insiden itu, lelaki terbabit memberhentikan keretanya dan keluar membawa objek yang dipercayai kayu hoki untuk mengancam mangsa. 

Lelaki terbabit berulang kali memaksa mangsa keluar dari kereta untuk selesaikan masalah yang timbul. Namun mangsa tidak mengendahkan arahan lelaki terbabit.



Sementara itu di media sosial, netizen mengecam tindakan pemandu lelaki itu yang berlagak samseng sedangkan dirinya yang melanggar peraturan lalu lintas. 

"Ini orang suka mengambil kesempatan sedangkan diri dia sendiri yang salah. Baru masuk bulatan, lagi nak turun sound orang? Kena utamakan siapa yang berada dalam bulatan. Tak ada ambil exam L ke dulu? 

"Tak kisahlah kau warna apa, bangsa apa, kalau nak dihormati, perlu hormati orang lain juga," -Shazleen Ibrahim. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.