(Video) 'Dia mabuk ni!' - Lelaki dipercayai mabuk dibelasah di Ipoh Parade

loading...

Viral di media sosial, video seorang lelaki dbelasah dua lelaki dalam pergaduhan yang berlaku malam tadi, mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 9 malam di Ipoh Parade, Perak, lelaki berbaju putih dalam video tersebut terdahulu dirakam sedang bertengkar dengan seorang wanita dan dua orang lelaki. 

Keadaan menjadi semakin tegang apabila lelaki berbadan gempal itu menolak salah seorang lelaki terbabit, sebelum dia ditarik oleh wanita berkenaan sehignga terjatuh dan teruduk di tangga pintu masuk pusat beli-belah. 

Berang dengan tindakan wanita itu, dia kemudian menampar muka wanita itu dengan kuat. Dua lelaki terbabit terus membelasah lelaki itu bertubi-tubi dan sesekali memukulnya dengan helmet biru dan penutup tong sampah. 

Lelaki itu cuba melawan kembali, malangnya kepalanya dihentak dengan helmet lebih dari enam kali.

Pengawal keselamatan dan beberapa orang awam yang menyaksikan kejadian itu cuba meleraikan pergaduhan itu, namun gagal apabila dua lelaki itu bertindak terlalu agresif. 


Berdasarkan video kejadian, wanita itu mendakwa lelaki gempal itu dipercayai mabuk sehingga sanggup menyerangnya. 

Sehingga kini, masih belum diketahui punca sebenar pergaduhan tersebut. 

Sementara itu di media sosial, netizen mengecam kesemua suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu kerana memalukan dan mengancam keselamatan pengunjung lain di pusat beli-belah itu. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.