(Video) 2 maut dan 4 cedera, kereta bertembung dengan lori tangki

loading...

Dua maut, manakala empat lagi cedera dalam kemalangan yang melibatkan sebuah lori tangki dan dua buah kenderaan pelbagai guna (MPV), petang semalam, lapor Sinar Harian. 

Gambar dan video kejadian rakaman kamera litar tertutup dari stesen minyak berhampiran juga turut viral di media sosial.

Dalam kejadian lebih kurang jam lima petang semalam berhampiran sebuah stesen minyak di Jalan Kuantan-Segamat, Bandar Muadzam Shah, lori tangki yang membawa muatan bahan kimia, sodium Hyrdroxide Solution bertembung dengan salah sebuah MPV sebelum terbalik. 


Pihak bomba dimaklumkan mengenai kejadian itu pada jam 7.09 petang dan menghantar tujuh anggotanya dari Balai Muadzam Shah ke lokasi kejadian untuk bantuan.

Bomba yang tiba di tempat kejadian mendapati, tiada sebarang kebocoran bahan kimia yang berlaku dari lori tangki berkenaan. 

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Rompin, Deputi Superintendan Azli Mohd Nor mengesahkan kejadian itu. 

Menurutnya, kemalangan yang berlaku di Kilometer 102.8 itu ketika cuaca sedang hujan lebat. Kedua-dua mangsa juga disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.




Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.