'Sumbangan terbesar dia cuma buat pelajar itu bercakap dan salin nota dia'

loading...

1. Aku dah baca kisah tentang cikgu praktikal yang tengah viral itu. Berkali-kali aku ulang baca dan aku dapati sumbangan terbesar dia cuma buat pelajar itu bercakap pada masa jamuan makan dan pelajar itu salin nota dia. Tetapi kisah cikgu ini viral 1 Malaysia.

2. Ada ramai saja cikgu yang aku kenal siap buat perpustakaan untuk anak-anak yatim, ada cikgu yang aku kenal guna duit dia dan siap cari tajaan untuk menaja yuran anak-anak yatim, ada cikgu yang aku kenal buat tuisyen percuma tolong anak-anak gelandangan, ada cikgu yang aku kenal ajar pelajar mengaji percuma, daripada budak itu tak kenal alif, ba, ta sampai diorang boleh mengaji dengan lancar. 

Dan terlalu ramai cikgu-cikgu yang aku kenal dah menyumbang macam-macam untuk anak-anak murid mereka tetapi mereka tidak memilih untuk memviralkan sumbangan mereka kepada umum.

3. Aku fikir isu ini hanya sebahagian daripada generasi anak muda yang mahu menjadi attention seekers di media sosial.

4. Pada aku tindakan mengecam rakan sekerja dalam media sosial menunjukkan bahawa anda bukanlah rakan sepasukan yang baik. Tidak perlu rasanya cikgu mention cikgu lain kata, 

'Ah, budak tu memang useless sejak azali'. 

Nampak di situ cikgu membina persepsi kepada netizen yang rakan sekerja cikgu itu pun useless sebab give up nak mengajar budak itu.

5. Status Facebook aku pun pernah beberapa kali viral. Cakap saja apa media sosial, Siakapkeli, Penmerah, The Vocket, The Patriots, Apemazing semua aku dah pernah masuk (sungguh ni aku tak tipu). Cuma aku tak pernah nak mention secara detail tentang anak murid dan sekolah aku. 

Aku hanya beritahu secara umum untuk menjaga privasi. Menjaga privasi sekolah, rakan sekerja dan anak murid ini perkara yang sangat penting, cikgu. Ceritalah sejuta kebaikan pun tak ada masalah cikgu, cuma memaparkan nama dan gambar adalah satu perkara yang mengundang risiko cikgu, lebih-lebih lagi bila kita ada mention sesuatu yang negatif kepada anak murid kita itu.

6. Cikgu nak viralkan muka anak murid cikgu, memang dia kata okey tetapi apa kata ibu bapa dia? Apa kata saudara mara dia bila muka anak mereka viral di media sosial? Sudahlah dimention useless dan tak ada harapan. Mana ibu bapa dia nak letak muka? Selepas itu, siap letak nama sebenar. Fuh, berani betul kau, Cikgu!

7. Sebenarnya kalau tak kena gaya viral, cikgu-cikgu boleh berdepan tindakan di bawah Akta Rahsia Rasmi 1972, Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, Akta Perlindungan Data 2010 dan beberapa peraturan lain. Cikgu-cikgu beringatlah perkara ini sebelum terkena. Kan cikgu ada tandatangan dan lafaz janji Akta Rahsia Rasmi 1972 di depan pengetua atau guru besar masing-masing, kan?

8. Harapan dan doa aku ialah agar ibu bapa budak itu sporting. Kena mak ayah yang jenis melenting, pergi pula mengadu pada Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), tak ke nanya pada cikgu praktikal ini? Memang niat dia baik cuma susah kita nak faham perangai parents sekarang ini, kan? Kena pula parent dia nak saman, lagilah panjang cerita.

9. Dan paling penting, bila masuk dunia realiti pendidikan nanti jangan terperanjat kalau cikgu mengajar kelas paling belakang then bila cikgu masuk dorang buat tak tahu saja, tengah cikgu mengajar boleh pula diorang bergaduh secara live. Selepas itu diorang baling pula kerusi dan terkena pada cikgu. Bila suruh buat laporan, ibu bapa kata cikgu tak pandai jaga anak mereka. Masa itu baru cikgu akan terfikir 'bila agaknya nak pencen?'

10. Okeylah, aku nak sambung tidur. Untung betul jadi cikgu ni cuti sebulan 😊 keh keh keh.


PERNAFIAN:

Artikel ini adalah kiriman yang diterima dari inbox, yang ditulis oleh Muhammad Yusof mengenai kisah cikgu praktikal dan pelajar cina yang viral di media sosial awal minggu ini. Artikel yang disiarkan adalah pandangan peribadi penulis dan tidak mempunyai kaitan serta tidak mewakili The Reporter. Harap maklum.

ARTIKEL BERKAITAN:

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.