'Sakit hati tengok video, tiada seorang pun tolong mangsa' - Chef Wan selar individu rakam gambar kejadian dari hulur bantuan

loading...

Datuk Redzuawan Ismail atau Chef Wan meluahkan rasa amarahnya mengenai kejadian seorang lelaki ditikam, dilanggar dan digilis sampai mati di sebuah stesen minyak di Jalan Sri Pelangi, Taman Pelangi, Johor Bahru, kelmarin, lapor Sinar Harian.

Chef Wan menyelar tindakan segelintir individu yang merakam video/gambar kejadian, tanpa menghulurkan sebarang bantuan. 

"Sakit hati tengok video yang diviral pagi ini a man murdered cold blooded! What is far more sad and pathetic, no one came to rescue this man as they all at the scene could have save his life!

"Whats to become with such brutality and irresponsibility. Recording this will help with the police investigation too. However in this case it's too late.

"What if he is our own family members atau kita yang mati katak aja, macam tu ke? Apa yang terjadi sangat menyedihkan, as no one came to assist this poor man," tulisnya di Instagram. 


Sementara itu, netizen pula memberikan pelbagai reaksi berbeza mengenai isu yang dibangkit. Namun, masing-masing bersetuju bahawa semua orang yang menyaksikan kejadian itu mungkin terkejut dan bimbang akan keselamatan diri. 

"Kejadian itu berlaku sangat pantas. Saya rasa semua yang tengok kejadian itu terkejut dan panik. Nak tolong pun ragu-ragu sebab penjenayah itu bersenjata." - Serena Raif

"Nak tolong? Siapa berani nak tolong? Silap-silap sendiri yang kena tikam. Ingat lagi seorang lelaki ditikam mati kerana cuba menangkap peragut. Apa yang berlaku pada anak dan isterinya sekarang? Siapa yang menyara keluarga dia?" - Akula Isham

"Ada benarnya apa yang dikatakan oleh Chef Wan. Tetapi harus diingatkan, ini bukan kes bergaduh berebut petak parking atau kes pergaduhan biasa. Ini melibatkan penjenayah yang tidak berhati perut dan gila. 

"Saya yaki pasti ramai yang terdetik rasa ingin membantu dan ada yang telah menghubugi polis. Tetapi mereka lebih memikirkan keselamatan diri terlebih dahulu. Chef Wan patut lebih rasional bila berkata-kata," - Mohd Amran Idris

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.