'Pernah tak anda terlelap seketika sewaktu memandu?' - Doktor kongsi betapa bahayanya Microsleep

loading...

Pernah tertidur seketika semasa memandu terutamanya pada waktu awal pagi dan tengah hari? Awas! Anda berisiko tinggi untuk terlibat dalam kemalangan dan oleh itu, segeralah berhenti untuk tidur atau berehat seketika.

Jangan sesekali memaksa diri untuk meneruskan perjalanan. Simptom-simptom microsleep seperti tersengguk-sengguk, kelopak mata semakin tertutup atau kuyu, mata terkebil-kebil, gagal fokus sudah cukup menandakan anda perlu berehat. Semoga perkongsian dari doktor ini bermanfaat. 

MICROSLEEP

Apakah itu microsleep? Mungkin ada yang pernah dengar. Microsleep adalah episod di mana kita terlelap atau tertidur seketika secara tak sengaja selama 2-30 saat. Fenomena ini menyebabkan kehilangan input deria pendengaran dan penglihatan yang diproses di otak.

Cuba bayangkan jika fenomena ini berlaku semasa memandu. Mata tertutup ataupun masih terbuka, pandangan terus hilang, kepada tersengguk-sengguk, pendengaran kosong dan tangan terlepas dari steering hanya beberapa saat sahaja, maka berisiko terlibat dalam kemalangan.

Kalau terjadi masa tengok TV atau depan laptop tak apalah. Tak pun jatuh kerusi saja. 

Foto: Muhammad Fadhil

Foto: Muhammad Fadhil

Foto: Muhammad Fadhil

Microsleep berisiko terjadi jika seseorang itu tidak cukup tidur, kepenatan dan kemurungan. Jika kita memandu, sepatutnya kita tidak berada dalam keadaan berisiko ini. Cukupkan rehat dan tidur. Kalau mengantuk ketika memandu, berhenti di mana-mana RnR dan tidur secukupnya. Rehatkan badan dan minda. Jangan paksa diri. 

Hati-hati memandu, ingatlah orang yang tersayang sedang menunggu di rumah. 

Sumber: Doktor Zek

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.