'Nak cancel order kek, bakal suami meninggal dan tak jadi kahwin' - Customer kantoi menipu buat bakers ini geli hati

loading...

Buat tempahan dengan cara baik, nak batalkan tempahan pun biarlah dengan cara yang baik dan maklumkan awal, bukannya di saat-saat terakhir. Viral di media sosial luahan seorang bakers yang kesal dengan sikap individu yang tidak bertanggungjawab sanggup menipunya semata-mata nak membatalkan tempahan kek. 

Menurut Isaac Olswen, wanita berkenaan menempah kek untuk majlis perkahwinannya. Namun pada saat-saat terakhir, dia membatalkan tempahan itu dengan alasan yang 'berani mati'. 

TAK jadi beli kek, cakap je 'cancel'. Tak apa, abang tak marah pun. Ini sampai menipu dan kata bakal suami dah mati dan tak jadi kahwin. Kalau betul-betul tuhan bagi dia mati, tak ke awak melepas nak tumbuk sambal malam pertama nanti. 

Lagi lucu, dia pergi order kek dengan member abang yang juga bakers famous di Kota Bharu ini. Kemudian member abang past kek itu dekat abang sebab tak boleh buat. Bila semak balik nama, nombor telefon dan gambar, rupa-rupanya customer itu adalah orang sama yang kematian bakal suami. 

Dia punya funny moment tu, aku cuba tahan gelak sampai bergetar tulang rusuk. 


Post ini tiada niat nak memalukan sesiapa. Cuma nak berpesan pada customer seterusnya, kalau nak cancel kek, cakap saja, tak ada masalah pun. Janji beritahu awal-awal kalau nak cancel.  Tak perlulah menipu sampai kematian bakal suami. Kan elok kita doa yang baik-baik saja. 

Seperkara lagi, bakers Kelantan ini semua kawan-kawan abang tau. Haa seramlah tu, selalu mengumpat abang dekat bakers lain, kan? Sebab lambat balas WhatsApp. 

Okaylah, dari tadi tahan gelak sampai nak terkencing dah ni. Abang bukan marah, cuma nasihat. 

Sumber: Isaac Olswen

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.