Mulai 2018, pekerja hilang pekerjaan layak dapat elaun RM600 sebulan

loading...

Pekerja yang kehilangan pekerjaan adalah layak menerima faedah interim berbentuk elaun wang tunai berjumlah RM600 sebulan bagi tempoh maksimum tiga bulan di bawah Sistem Insuran Pekerjaan (SIP).

Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Dr Mohammed Azman Aziz Mohammed berkata, kerajaan akan memperuntukkan peruntukkan sebanyak RM122 juta kepada PERKESO bagi melaksanakan SIP tersebut. 

Seramai 57,282 individu dijangka akan menuntut faedah berkenaan yang melibatkan lebih RM103 juta tahun depan. 

“Melalui program SIP juga, mereka yang menjalani perletakan jawatan secara sukarela (VSS) dan tamat tempoh kontrak perkhidmatan juga layak menerima faedah berkenaan,” katanya.

Sehubungan itu, PERKESO akan mengadakan jerayawara (roadshow) selama sebulan di 17 lokasi seluruh negara mulai esok untuk memberi kefahaman mengenai liputan, pendaftaran, caruman, pentadbiran dan penguatkuasaan SIP kepada majikan, pekerja dan kesatuan pekerja di negara ini.

Terdahulu, Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Manusia Datuk Dr Mohd Gazali Abas menyasarkan sejumlah RM470 juta akan dicarum oleh 6.4 juta pekerja swasta melalui program SIP. 

SIP mula dilaksanakan pada Januari depan sebagai satu jaringan keselamatan sosial bertujuan membantu golongan pekerja swasta yang kehilangan pekerjaan untuk mendapatkan bantuan kewangan dan mencari pekerjaan baharu.

Pada 25 Okt lalu, Dewan Rakyat telah meluluskan Rang Undang-Undang SIP 2047 dan Rang Undang-Undang itu akan dibentangkan di Dewan Negara untuk kelulusan.

Melalui skim SIP, kadar caruman oleh majikan sebanyak 0.2 peratus dan 0.2 peratus daripada gaji bulanan pekerja.

Sumber: Bernama

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.