Keluarga serah suspek belasah pemandu ambulans dan jururawat ke balai

loading...

Susulan kes seorang pemandu ambulans dibelasah, manakala jururawat ditendang, keluarga sekumpulan mat rempit telah menyerahkan suspek kepada pihak polis untuk membantu siasatan, lapor Astro Awani

Pemangku Ketua Polis  Daerah Taiping, Supritendan Razlam Ab Hamid berkata, mangsa menerima empat jahitan di kening hanya kerana menegur sekumpulan remaja terbabit berlumba haram di lebuhraya PLUS. 

Dalam kejadian kira-kira jam 1.40 pagi semalam, mangsa dan seorang jururawat dalam perjalanan menghantar seorang pesakit dari Hospital Parit Buntar ke Hospital Taiping. 

"Kejadian berlaku berhampiran Tol Kamunting arah utara dan keluarga kesemua suspek akan menyerahkan suspek kepada pihak polis bagi tindakan lanjut.

"Kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 147 Kanun Keseksaan," katanya.

Menurut mangsa, kejadian itu berpunca dari sekumpulan remaja terbabit yang tidak berpuas hati dengan tindakannya menegur mereka agar memberi laluan kepada ambulans. 

"Ketika tiba di persimpangan lampu isyarat berhampiran plaza tol berkenaan, saya lihat terdapat sekumpulan penunggang motosikal yang dipercayai sedang lumba haram. 

"Saya bertindak menegur dengan pembesar suara agar mereka memberi laluan, namun ia menyebabkan kumpulan terbabit marah dan mula menghimpit ambulans dengan motosikal.

"Seorang daripada penunggang terbabit terjatuh dan kumpulan berkenaan kemudian menyekat kenderaan saya," katanya. 

Empat hingga enam remaja lelaki itu kemudian cuba menariknya keluar dari ambulans lalu menumbuk mukanya sehingga cedera dan dibelasah bertubi-tubi. Jururawat yang menjaga pesakit di belakang juga cuba membantu meleraikan kumpulan terbabit namun turut ditendang. 

BERITA BERKAITAN:

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.