'Kami dipaksa untuk menonton filem Badang' - Student dakwa dipaksa 'sokong fakulti' biarpun terpaksa keluarkan duit sendiri

loading...

Viral di media sosial, luahan pelajar Institut Pengajian Tinggi (IPT) yang mendakwa mereka telah dipaksa untuk melakukan perkara yang tidak sepatutnya sehingga ada sesetengahnya terpaksa mengeluarkan wang belanja sendiri. 

Menurut Aye (@jajingyulah), yang memuat naik dua gambar luahan berkenaan juga mendakwa mereka dipaksa menonton filem Badang yang dilakonkan oleh jutawan kosmetik, Dato' Aliff Syukri Kamarzaman. 

"Kami dipaksa untuk menonton filem Badang yang dilakonkan oleh Aliff Syukri," - Aye. 


"Apa perasaan korang kalau kolej atau universiti korang buat event, tapi korang as a student gak kena keluar duit? Kalau sikit-sikit takpe, ni banyak babe! Alasan kena bayar sebab kedatangan kelas dan markah. 

"Aku tak pernah ponteng kelas weh! Takkan sebab tak bayar benda alah tu, akan effect kedatangan aku yang selama ini perfect? Aku pening ah? Aku masuk universiti sebab nak belajar, bukan untuk menampung ekonomi universiti doh. 

"Tolonglah faham, aku ni student. Nak makan pun duk berkira-kira duit. Ini dah nak kena bayar itu ini alasan support faculty. Faculty ada support aku as a student masa kitorang susah nak makan pun takde duit? Ada? Jangan harap. 

"Kami dipaksa beli tiket yang berharga RM15 semata-mata atas dasar 'menyokong fakulti'. Tetapi mengikat kami dengan 'class attendance and assignments'. 

"Kami dipaksa menjadi crew atas dasar untuk memenuhi kewajipan subject. Kami dipaksa menjual tiket dengan alasan untuk menambah markah ujian. Kami dipaksa hadir ke ujibakat choir atas dasar kelas ganti yang langsung tiada kaitan. 

"Bukan tak nak support, tetapi kalau setiap sem duit dikikis atas dasar 'attendance and assighnment', habislah duit saya. Harga tiket mahal, standard wayang pun baru RM9. 

"Saya sebagai pelajar sedih dan kesal. Tiada dana untuk kami, semuanya hasil sendiri dan setiap benda kami keluarkan duit walhal barang-barang keperluan yang sememangnya harus disediakan tidak ada untuk kami. Bagaimana kami pelapis baru anak seni ingin bangun dan meningkat? 



"Help us spread our voice. We just want education, we want to succeed. We don't want coercion, just chances," kata kenyataan yang dikongsikan oleh Aye di akaun Twitternya. 

Sementara itu, netizen juga berkongsikan pengalaman yang sama di mana mereka juga dipaksa menonton filem Chowrasta. 





Sumber: Aye 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.