Hilang Fokus Minggu Kelima GV4, Liza Hanim Terkena Gangguan Mistik?

loading...


Bintang Gegar Vaganza 4 (GV4), Liza Hanim menafikan ada unsur gangguan mistik sepanjang dua minggu lepas hingga menyebabkan kualiti persembahannya merudum.

Kata Liza, dia mengakui kesilapan yang berlaku datang daripada diri sendiri dan hilang fokus.

"Saya sendiri yang serabut barangkali dan saya terima kesilapan diri sendiri pada minggu lepas.

"Ini pertandingan, ada masanya emosi dan perasaan gementar itu boleh mempengaruhi semua perkara termasuk persembahan.

"Memang benar sepanjang seminggu saya sedikit terganggu tapi Alhamdulillah, pada minggu ini saya berjaya mendapatkan diri saya semula.

"Bagi saya tidak ada gangguan daripada segi mistik atau seumpamanya pun. Kalau terlalu memikirkan perkara itu nanti datang stress lain pula," katanya kepada Astro Gempak.

Bagi mendapatkan ketenangan dan menjauhi gangguan sedemikian, Liza memperbanyakkan doa dan mengukuhkan benteng diri dengan ibadah wajib.

"Saya melakukan amalan dan ibadah wajib seperti biasa. Kalau perlukan ketenangan, saya panjatkan doa dan mohon dijauhkan daripada gangguan atau tekanan.

"Mungkin ada sebab saya tidak dapat melakukan yang terbaik pada dua minggu lepas," tambahnya.

Menerusi persembahan lagu Lelaki Teragung dua minggu lepas, Liza gagal mencuri hati juri dan disifatkan nyanyiannya'ke laut' oleh Datuk M. Nasir.

Namun, Liza berjaya kembali mengungguli lapan bintang GV4 pada konsert keenam minggu lalu menerusi persembahan memukau lagu Warkah Untukku (Ara).

Lisa bakal berentap untuk pusingan separuh akhir dengan menyanyikan lagu Kesal (Ella) dan Jagalah Diri (Jaclyn Victor) pada minggu ini.

Selain Liza, enam bintang GV4 yang melayakkan diri ke pusingan separuh akhir iaitu Aishah, Hazami, Tia Jinbara, Firman dan Lan.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.