'Habis, apa yang aku beli dan makan semalam?!' - Kisah angker Kemayan City

loading...

Viral di media sosial, kisah Kemayan City yang sudah lama terbiar sehingga ada yang mendakwa berlaku pelbagai kisah-kisah mistik di bangunan terbengkalai sudah 10 tahun ini. Percaya atau tidak, terpulang pada masing-masing. Difahamkan, bangunan itu kini sudah beroperasi sepenuhnya selepas dibangunkan kembali oleh pemilik barunya. 

KEMAYAN CITY adalah sebuah bangunan yang terbengkalai for more than 10 years ago. Awalnya memang nak dijadikan shopping mall tetapi pembinaan dihentikan pada tahun 1998. Tidak diketahui punca projek itu dihentikan. Jadi, semenjak 1998, bangunan ini memang tak beroperasi langsung. 

Setahu saya, kisah Kemayan City ini tak semua orang yang tahu walaupun orang Johor Bahru sendiri. Yelah, sebab dah lama sangat kan. Tapi saya dapat tahu pun sebab ada kawan-kawan yang cerita, buat pencarian di enjin carian Google dan sebagainya. 

Masa itu, kalau Kemayan City siap dibina, ia merupakan kompleks beli-belah yang terbesar di Johor Bahru. Complete semualah sebab masa itu Angsana, City Square ke JPO belum ada lagi kalau tak silap. 

Selepas baca kisah-kisah Kemayan City ini, kebanyakan mangsa-mangsanya yang pertama kali datang ke Johor Bahru dan tidak tahu langsung tentang kisah di Kemayan City ini. Walaupun bangunan itu sudah lama terbengkalai, tetapi orang-orang yang pernah kena itu berlarutan sehingga ke tahun 2014, 2015. 


Antaranya:

KISAH PERTAMA

Sebuah keluarga dari Singapura dikatakan mengunjungi pusat beli-belah terbengkalai terletak di Johor Bahru (exit Skudai). 

Pada satu malam kira-kira jam 9 malam, mereka sekeluarga dalam perjalanan pulang selepas menghadiri majlis kenduri kahwin saudara di Melaka. Mereka tertarik dengan bangunan di sebelah kiri jalan berkenaan yang bergemerlapan dengan lampu aneka warna dan meriah dengan kunjung orang ramai. 

Menyangka Kemayan City dipulih dan memulakan operasinya, keluarga berkenaan tidak melepaskan peluang untuk singgah memandang masih muda. 

Selepas meluangkan masa hampir setengah jam di situ, mereka beredar sebab ada satu lagi destinasi yang perlu disinggah sebelum pulang ke Singapura. Mereka menuju ke rumah saudara mereka di Kampung Pasir yang terletak tidak jauh dari pusat beli-belah tersebut. 

Apabila sampai ke rumah saudara, salah seorang ahli keluarga bercerita tentang majlis pembukaan Kemayan City tadi. Alangkah terkejutnya keluarga itu apabila mendapat tahu bahawa bangunan itu masih terbengkalai sehingga kini, dan bangunan itu semakin usang.

Salah seorang daripada mereka tidak berpuas hati lalu pergi ke bonet kereta untuk memeriksa apa yang mereka beli tadi. Tetapi apa yang ada hanyalah daun kering dan ranting kayu. 


KISAH KEDUA

Dalam perjalanan itu, Ina singgah di R&R Pagoh untuk mengisi minyak, makan dan solat. Kemudian dia meneruskan perjalanan dalam jam 11.30 malam. Dari lebuh raya itu, dia keluar dari Tol Skudai dan lalu di depan Kemayan City. Lampu terang benderang, terpampang banner majlis perasmian pembukaan. 

"Dahsyat orang JB ni bershopping eh? Dah jam 12 malam pun masih ramai lagi orang," katanya dalam hati.

Mall itu seolah-olah memanggil dia masuk. Jadi dia pun tanpa ragu-ragu terus masuk. Di dalam mall itu banyak barang yang cantik dan murah berbanding di Kuala Lumpur. 

Selesai makan, tengok jam 3 pagi. Kakak dia siap call sebab pelik kenapa dia masih belum sampai di rumah. Bila dia cakap yang dia sedang bershopping di Kemayan City, kakak dia marah dan suruh dia balik cepat. 

Keesokan harinya, dia pun bertanya kepada kakaknya. 

"Kenapa kau marah sangat semalam dan suruh aku balik cepat?" 

"Kalau kau nak tahu, tempat yang kau shopping itu tak wujud pun. Bangunan itu sudah lama terbiar, tahu tak? Dah 10 tahun tak function pun."

"Aku tak rabun lagilah kak. Aku nampak ramai gila orang semalam. Meriah lagi sebab ada grand opening," katanya. 

Ina degil dan tidak percaya, lalu kakaknya bawa dia pergi ke Kemayan City itu semula. Apabila sampai, yang ada hanyalah bangunan usang, buruk dan menyeramkan. 

"Habis, apa yang aku beli semalam?"

Dia pun tengok bonet kereta, penuh dengan daun dan ranting kayu. Dia pun berfikir, apa yang dia makan semalam? Tidak lama selepas itu dia rasa loya dan muntahkan cecair kuning yang busuk dan ada cacing sebelum beredar dari situ. 

Persoalannya, ke mana duit-duit orang yang 'bershopping' di situ? Wallahualam. 

Ada juga yang cerita, dulu-dulu di situ ada kes orang bunuh diri. Sebab itu bangunan itu berhantu. Tetapi itu pun, wallahualam juga. 

Niat saya nak buat thread ini bukanlah nak menakutkan orang untuk pergi ke situ atau menutup periuk nasi peniaga di sana. Sekadar berkongsi sebab ramai yang minta. Sebab ini pun kisah lama. Sekarang sudah dibersihkan dan sudah beroperasi secara rasmi. Jangan risau. 

Sumber: Twitter

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.