Geng 'sabit' terkinja-kinja rompak kedai pakaian

loading...

Seorang peniaga mengalami kerugian besar apabila premisnya dirompak oleh sekumpulan lelaki bermotosikal yang datang secara beramai-ramai. 

Dalam kejadian jam 4.42 pagi, 24 Disember lalu, dipercayai berlaku di Indonesia, sebanyak 29 buah motosikal datang ke kedai itu dan terus merompak seluar jeans yang diletakkan di bahagian hadapan premis. 

Ketika kejadian, salah seorang kakitangan sedang melakukan kerja-kerja pembersihan terkejut apabila diserbu sekumpulan lelaki terbabit yang juga bersenjata tajam. 

Panik dan takut melihat keadaan itu, kakitangan berkenaan terus melarikan diri ke belakang kedai.

Dalam masa yang sama, kesemua suspek merompak semua seluar jeans berkenaan sebelum meninggalkan tempat kejadian. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.