Drama Syurga Yang Kedua Dibintangi Fasha Sandha Dan Zarul Husin Bakal Ditayangkan

loading...


Drama Dendam Aurora menerusi Slot Tiara di Astro Prima sudah hampir tiba ke penghujungnya dan tidak lama sahaja lagi drama Syurga Yang Kedua gandingan mantap Fasha Sandha,  Zarul Husin serta Siti Elizad sebagai pelakon utama bakal ditayangkan.

Untuk pengetahuan semua, drama yang dinantikan ramai ini adalah adaptasi daripada sinetron popular Indonesia dan ia berkisarkan kisah hidup berpoligami dan memaparkan kisah konflik kesetiaan, pengorbanan, persahabatan, perkahwinan serta pengkhianatan demi mencapai kebahagiaan terindah.

Drama 70 episod arahan Zamri Zakaria dan Bahri Umar ini turut membariskan pelakon lain seperti, Datuk Jalaluddin Hassan, Sherry Ibrahim, Azizah Mahzan, Beego, Dynas Mokhtar, Afifah Nasir dan ramai lagi.


Ia bakal menemui penonton bermula 12 Disember ini setiap Isnin hingga Jumaat jam 6 petang di Astro Prima dan Maya HD.

SINOPSIS SYURGA YANG KEDUA

Konflik antara anak menantu dan ibu mertua. Daniel dan Sabrina sudah lama berkahwin namun masih belum dikurniakan cahaya mata. Suatu hari ibu Daniel menyuruh Daniel berpoligami dan berkahwin dengan Doktor yang merawat ibunya iaitu Vivy.

Jom kita lihat foto- foto sewaktu majlis pelancaran drama Syurga Yang Kedua dengan membaca entri ini sepenuhnya.



















Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.