'Dia nak keluarkan duit tapi baki tak cukup, terus dia blah dengan muka frust'

loading...

Alhamdulillah, di kala ada insan yang berada dalam kesusahan, Allah tampilkan orang-orang yang baik dan prihatin untuk menghulurkan bantuan. Semoga Bang Syuk dimurahkan rezeki dan dipermudahkan segala urusan. 

TADI ada seorang perempuan ini nak keluarkan duit di ATM. Tetapi baki dia tidak mencukupi. Bukan sibuk, cuma tadi queue agak pack, orang belakang duk rapat-parat. So unintentionally ternampak plus ATM CIMB like very obvious kot screen dia. 

Then dia blah dan muka dia agak frust. Aku syak budak first year degree. Dia nak blah tu, aku tengok muka dia sedih gila. Yelah, hujung sem kan, duit PTPTN berapa sangat. Plus segan nak minta dari mak ayah. 

Pasal aku pernah rasa susah tak ada duit, tu yang aku kejar dia. Tiba-tiba nak kasi duit macam peliklah kan? So aku dapat idea, aku bohonglah kata duit dia yang tercicir. 

Budak tu blur jap, siap nafi duit tak tercicir. Gigih gak la suruh dia terima tadi. 

"Ye dik, duit adik RM10 tadi jatuh. Abang nampak.." 

Aku buka dompet nak kasi RM10 tetapi spoil! Hahaha! RM10 takde! Aduh, yang ada RM20 saja and at this point budak tu dah macam agaklah aku berbohong. Hahaha! 

Aku pass je kat dia duit itu dan dia masih beragak-agak nak ambil. But finally dia terima juga sebab aku syak dia tahu yang aku nak bantu dia dengan beri sedikit wang. Cuma aku saja tipu like kalau siapa je akan pelik tiba-tiba orang nak bagi duit. Dahlah stranger. 

Dik, if you are reading this, sorry for lying. Dik, jangan pi masukkan duit itu di surau pasal takut nak guna duit tu. Abang memang kasi duit tu untuk adik. Cuma abang tak tahu macam mana tu yang abang terpaksa tipu. 

Belajar rajin-rajin na, banggakan mak ayah. 

Sumber: Bang Suk

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.