Curi permainan dan pakaian bayi bernilai RM250, ibu dipenjara, denda RM1,300

loading...

Seorang ibu dua anak dijatuhkan hukuman penjara sehari dan denda RM1,300 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah kerana mencuri permainan dan pakaian bayi bulan lepas, lapor Bernama.

Majistret Salamiah Salleh menjatuhkan hukuman itu selepas Bok Jen Nee, 37, mengaku bersalah di atas pertuduhan mencuri beberapa permainan dan pakaian bayi bernilai RM250.95 dari sebuah pasar raya di Petaling Jaya, pada jam 8.15 malam pada 18 November lalu. 

Tertuduh yang bekerja sebagai jurujual barangan elektrik itu dipenjara bermula pada hari ini dan akan dipenjara 45 hari lagi sekiranya gagal membayar denda RM1,300. 

Bok didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 10 tahun dan denda. 

Peguam tertuduh, Muhammad Syazwan Hasan, memohon mahkamah menjatuhkan hukuman penjara dan denda yang minimum atas alasan tertuduh benar-benar insaf dan masih lagi menyusu bayinya. 

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya, Mary Phoon Keat Mee memohon hukuman setimpal berbentuk pengajaran ke atas tertuduh.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.