Anak tengah 'sedap' tengok video bukan-bukan di YouTube, ibu bapanya pula tak peduli

loading...

Gadget dan anak kecil. Wajib baca!

Petang tadi, sedang leka meneguk kopi panas di sebuah restoran kopitiam di Bangi Darusunnah. Nyaris cawan yang dipegang abang hampir jatuh pecah berderai.

Manakan tidak, terpandang seorang budak lelaki berusia lebih kurang 5 tahun di meja hadapan sedang fokus menonton seorang perempuan dewasa mat saleh separuh bogel menari terkinja-kinja melalui aplikasi youtube pada telefon pintar yang dipegangnya.

Walhal, mak dan bapaknya wujud di kiri dan kanan budak kecil itu. Bapaknya sedang galak bercakap di telefon manakala maknya sedang fokus scroll Facebook gamaknya dari atas ke bawah iPad yang besar gedabak. Keduanya tidak langsung perasan yang anak mereka sedang dalam bahaya!

Lantas, abang terus ke meja mereka dan memberi salam. Si bapak tidak perasan, leka bercakap dengan telefon, maknya perasan dan dengan laju maknya melambai tangan tanpa menoleh ke wajah abang terus berkata, 'oh takpe dik, terima kasih, saya taknak beli". *typicall malaysians zaman ini pada mereka yang berkopiah atau bersongkok. Huh.

Ha?! Terus abang ambil henset dari tangan budak kecik tak berdosa tersebut. Dan, serta merta mak bapaknya tersentak.

"Tuan, puan, saya bukan nak menyibuk,tapi anak tuan puan ni tengah sedap tengok benda yang bukan-bukan. Kesian anak tuan puan ni."

Terkejut kedua-keduanya. Terus mulut mak dan bapak budak tersebut terkumat kamit memohon maaf pada abang. Allah, allah, allah. Terus abang berbual sedikit dengan kedua suami isteri ini dengan sebaiknya. Hampir 10 minit kami berbual. Alhamdulillah.

KEPADA IBU BAPA KHUSUSNYA, SEDARLAH!

Anak kecil tuan dan puan masih belum boleh bezakan mana yang baik mana yang buruk. Semuanya atas bahu ibu dan bapa untuk corakkan anak.

Bayangkan, saya sudah hampir 7 tahun dalam bidang motivasi berkaitan masalah ketagihan seksual yang melibatkan remaja. Kajian menunjukkan seawal usia 9 tahun, anak-anak sudah ketagih kepada pornografi dan onani.

Punca utama bermula dari usia kecil sudah diberikan gadget seawal umur setahun lagi. Sebab apa? dek takut anak jumud ketinggalan zaman? sebab mudah bagi anak diam tak kacau kerja kita? sebab nak bagi pendedahan awal pada anak tentang teknologi?

Semua ini tidak salah. Tapi, berilah pengawasan seketat yang mungkin. Akhir zaman ini, anak-anak amat penting untuk dijaga sebaiknya, mereka asbab kita untuk ke syurga atau ke neraka.

4 Disember 2017
Bandar Baru Bangi

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.