'Anak sedang seronok bermain kita rampas, terus dia mengamuk dan menangis. Rupanya cara kita sangat salah' - Encik Matt

loading...

Patutlah anak saya dah pandai campak barang apabila diminta. Rupanya, mak saudara di rumah selalu rampas barang dari tangan dia.

Perasan tak, anak sedang seronok bermain kita rampas, terus dia mengamuk dan menangis? Rupanya cara kita sangat salah.merampas barang dari tangan mereka akan develop sifat memberontak.

Dua minggu lepas, anak saya main penyapu, kakak datang terus rampas penyapu dan marah adik. Apa lagi, meragamlah dia. Menjerit sekuat hati marah kakak balik. Kebetulan kejadian itu berlaku di depan saya.

Saya cakap, "Kakak bagi balik kat adik. sini Abi tunjuk macam mana caranya supaya adik tidak mengamuk."

Saya pergi kat anak, saya duduk sama tinggi dengan dia (melutut). Perlahan-lahan saya pegang penyapu. Saya cakap, "Rajinnya Muhammad nak menyapu sampah ya?" sambil saya senyum. 

"Meh sini penyapu, abi ajarkan." terus anak bagi dengan muka tersenyum.

Setelah itu, saya alihkan perhatian dia pergi ke luar rumah tengok burung, tengok langit, tengok kereta.

UNTUK PUJUK ANAK:

1. EYE CONTACT 

Pandang ke dalam matanya dengan ekpresi muka yang tenang apabila bercakap atau untuk mengarahkan sesuatu.

2. BODY CONTACT

Samakan kedudukkan kita setaraf dengan mereka. Guna sentuhan yang lembut apabila anak sedang meragam. Rapatkan badan kita dengan anak, pegang bahu dia sambil gosok-gosok di belakang dan terus peluk sambil berbisik di telinga dia, "Abi dan Umi sayang Muhammad, الله sayang Muhammad."

3. Perkenalkan kepada anak kegunaan sesuatu barang tersebut. Bezakan kepada mereka yang mana boleh main dan yang mana tidak boleh main atau sentuh, terutama alatan tajam atau barangan elektronik. 

Sebenarnya bagi kanak-kanak, semua barang adalah permainan. Jadi, tugas kitalah untuk fahamkan mereka perbezaan barang-barang tersebut. Contohnya penyapu tadi, setiap hari ketika menyapu cakap kepada anak penyapu ini fungsinya untuk sapu sampah, bukan untuk main. (sambil ajak anak)

4. Apabila anak dua tahun main barang yang salah, jangan kita berteriak dari jauh. Anak pegang gelas, dari jauh kita dah menjerit. Akhirnya mereka terkejut, terus campak gelas ke lantai. Sepatutnya pergi kepada anak dan ambil gelas dengan berhemah.

Sekarang anak saya mula dengar cakap  dan tidak lagi mencampak barang. Dia nak main handphone sekali pun datang minta izin dengan saya. Rupanya sangat mudah untuk wujudkan emosi yang positif dalam jiwa anak-anak kecil ini.

Semoga bermanfaat kepada tuan puan.

Sumber: Encik Matt

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.