Aksi berani mati!

loading...

Viral di media sosial, video seorang remaja lelaki terjun dari bangunan kediamannya mencetuskan pelbagai reaksi netizen. 

Akhtar Syamir yang memuat naik video itu di Facebooknya berkata, kejadian itu berlaku pada hari ini di sebuah pangsapuri di Puchong.

Menurutnya, remaja berkenaan turun dari kediaman ibu bapanya di tingkat empat. 

Berdasarkan video itu, remaja terbabit dilihat berpaut di hujung belabas tingkap kediaman tingkat tiga, sambil memerhatikan keadaan di bawah. 

Ketika kejadian itu, penghuni rumah di tingkat tiga menyedari kehadirannya, menyebabkan remaja itu kelam kabut dan segera mengatur posisinya untuk terjun ke bawah. 

Setelah bersedia, remaja itu terjun dari ketinggian bangunan dua tingkat dan sebaik saja mendarat ke tanah, terdengar bunyi hentakan yang kuat sebelum remaja itu berlari dan meninggalkan tempat itu. 


Difahamkan, ini bukan pertama kali remaja terbabit dipercayai hyperaktif berbuat demikian.

Sementara itu netizen tidak menolak kemungkinan remaja terbabit keluar dari rumah tanpa pengetahuan ibu bapanya. 

"Aksi berani mati. Ini mesti keluar dari rumah senyap-senyap, parent tak tahu. Seriau tengok dia terjun.

"Menjerit saya tengok dia terjun. Nasib baik atas rumput. Macam dah expert memanjat pun ada," kata netizen. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.