'Abah rindu kat abang' - Lelaki di perantauan ini sebak terima mesej dari bapanya ucapkan kata rindu

loading...

Allahu, sebak baca luahan Rufy Ahmad. Bapanya yang merupakan seorang pendiam, tiba-tiba menghantar mesej rindukan anaknya. Mesej dari bapanya itu membuatkan Rufy serba tak kena dan dalam masa yang sama bimbang. 

Bersyukur kepada mereka yang masih ada dan merasa kasih sayang seorang ayah. Hargailah ibu bapa kita sementara mereka masih ada. Baliklah jumpa ibu bapa kalau berkemampuan. Paling tidak pun, hubungi dan tanyalah khabar mereka. Semoga perkongsian dari Rufy ini bermanfaat untuk kita semua. 

Bapak aku ni seorang yang pendiam. Tak pernahlah ungkapkan kata-kata sweet pada anak-anak. Garang tu level medium.  Tetapi first time dapat mesej macam ni, sebak dan mengalir air mata jantan. 

Yang mana dekat tu, pulanglah melawat ayah bonda selagi mereka masih ada. 

Selalu mesej tanya kat mana. "Bila nak balik. Dah pukul dua pagi dah ni". Mostly mesej macam itu sajalah. Tak pun, "mama masak apa?". Itu sajalah. Tetapi kali ini, first time. Sampai aku tak boleh nak reply. Tak tahu nak reply apa. 

Kalau mama aku cakap rindu tu, aku tau dah memang tak boleh nak jauh. Time belajar dulu, seminggu sekali suruh balik. Rindu katanya. 


Tapi ni bila abah aku WhatsApp, hari ini saja dah berkali-kali aku dok baca mesej yang sama tanpa reply. Mungkin dah tak boleh pendam. 

Aku bukan apa, aku pun rindu sangat dengan mereka berdua. Tetapi yang ini aku risau. Aku risau sangat-sangat. Tak naklah sebut. Tapi tahulah kenapa aku risau, kan? Aku cuma tak nak itu jadi mesej yang terakhir dari dia. 

Nak FT takut aku yang emosi. Kang tak pasal-pasal sendu mengaliaq ayaq mata. Risau plak diorang. Tapi tak apalah, nanti aku reply "Rindu abah jugak XOXO". 



Selama aku hidup, ini perkataan 'rindu' pertama yang datang dari bapak aku. Apatah lagi nak sebut pakai mulut dengar suara. Ini plak dapat perkataan pun dah sangat-sangat terasa. Dah tahap tak boleh tahan. I'm sorry abah. 

Gonna call him after work. Mum doing fine, just keep asking when they can come here since I can't go back. 

Sumber: Rufy Ahmad

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.