'Walaupun terpaksa tutup jenama Hajaba, saya melangkah keluar dari industri dengan penuh berhemah'

loading...

Dengan sales yang semakin merundum, pengunjung mall semakin berkurangan, lambakan peniaga asing yang merosakkan pasaran dan beberapa lagi sebab yang lain memaksa usahawan fesyen ini mengambil keputusan drastik untuk menutup semua butiknya. 

Masakan tidak, pelbagai cara sudah dilakukan untuk menampung 'kos tambahan' itu, tetapi hakikatnya tiada jalan penyelesaian yang lain kecuali terpaksa tutup sebelum mengalami kerugian besar yang akhirnya akan memakan diri sendiri. 

PAGI ini terkesan baca berita ini. Sesak dadah bila fikir tentang ekonomi kita yang semakin tenang. Secara peribadi, saya merasakan perkara ini berlaku apabila bermulanya perlaksanaan sistem GST. Sebaik ada GST, saya antara industri player yang pertama dapat meramal perkara ini akan berlaku dan mengambil tindakan segera untuk mengelak kerugian. 


Ketika itu saya ada beberapa Hajaba Boutiques di pelbagai shopping mall terkenal seperti di Suria KLCC, Pavillion, Bangsar Village, Alamanda, Shah Alam Mall, SACC dan banyak lagi. Bila mula kena bayar GST, cukup tang part sewa bulanan, pertambahan kos itu saja sudah boleh membuatkan kita hampir nak pitam. 

Bayangkan kalau GST satu branch saja sudah hampir mencecah RM4,000, dah boleh sewa satu lagi kedai shop lot biasa di luar mall, kan? Kalau dah 10 cawangan kena GST? 

Dan masa itu pula, fesyen muslimah dah lebih bersepah dari cendawan tumbuh. Tak cukup semua orang juga, anak-anak muda kita nak buat bisnes jual online. Malaysia sedang mengalami kebanjiran tauke-tauke, penjahit-penjahit, penjual-penjual asing dari India, Pakistan dan Bangladesh. Habis satu Masjid India dan promo booths di semua hyper markets dikuasai oleh mereka. Menjadikan persaingan sangat sengit dan harga turun merundum.

Bagi mereka yang berniaga di shopping mall besar, kena bayar GST untuk segalanya termasuk sewa dan macam-macam benda lagi. Tapi tak boleh masukkan GST semasa jual baju sebab pelanggan tak mahu bayar, sebab semua kedai-kedai yang lain pun tak kenakan caj GST, kena absorb sendiri. 


Dan bila dah absorb, patut nak kena jual barang dengan harga lebih tinggi sikit dari sebelumnya, barulah okey. Tetapi mana boleh? Sebab harga busana muslimah dan tudung mencanak turun, semakin murah sebab dilelong oleh peniaga-peniaga asing yang mengangkat geng senegara datang beramai-ramai menjahit sendiri lalu menjual dengan harga rendah di tanah airku Malaysia. 

Baju-baju moden, blouse-blouse segala yang tengah trending pun dijual dengan harga yang sangat murah. Dah seperti main masak-masak pula. Semuanya dibekalkan secara borong dari Jakarta dan Bangkok. Dua pusat paling utama yang membuat pengeluaran secara pukal. 

Kita yang menjahit sendiri di kilang-kilang di Malaysia, langsung tak boleh lawan harga. Ditambah dengan GST pula. Akhirnya setelah mencongak-congak keadaan semasa dan meneropong masa depan, saya tahu ekonomi retail Malaysia terutamanya fesyen muslimah akan menjadi sangat tenang, just a matter of time. Jadi saya dan suami mengambil keputusan drastik, we want to exit out soonest sebelum my empire will eat out our cash and savings. 

And it took us two years to close down all our fashion brances completely. Sebabnya, we have to wait for the contract with shopping malls to expire. Dan yang masih lama lagi nak habis tempoh, we have to write to them to pledge to exit. After many meetings and meetings, we are allowed to vacant the lot tetapi kena bayar denda sikit. Tak apalah, janji dapat tutup dan tak payah pening kepala. 

And finally, Alhamdulillah, last year in October, we managed to exit from all malls. Relief from the burdens of GST, dropping of nilai Ringgit Malaysia, decreasing of sales month to month, kesengsaraan melihat every mall yang semakin sepi berkurangan pengunjung. 

Dan yang paling saya syukuri ialah, walaupun terpaksa menutup jenama Hajaba, saya melangkah keluar dari industri dengan penuh kelegaan tanpa meninggalkan sebarang hutang, tanpa lari tutup kedai sebelah malam, tanpa tidak membayar gaji pekerja mahupun suppliers. Saya tutup Hajaba dengan penuh berhemah. Alhamdulillah. 


Kini saya rasa selesa menikmati hari-hari di umur yang sudah layak bersara tanpa penat memikir dan mengejar kemewahan dunia. Saya just go with the flow, redha dan happy saja dengan apa saja rezeki yang saya ada. 



Saya terus memerhati dari hari ke hari, betapa keadaan menjadi semakin sukar kepada ramai peniaga. Saya hanya mampu mendengar rintih mereka, kawan-kawan baik saya, yang masih dalam industri, dengan penuh rasa mengerti dan sangat bersimpati. 

Ramai dari mereka yang setiap bulan mengalami kerugian, jumlah kutipan sales pun tidak cukup nak membayar sewa dan gaji pekerja, sedang stok baru tetap perlu ada. Kalau tidak, langsung pelanggan takkan menjenguk ke butik. Lalu semua itu perlu menelan belanja, duit dari simpanan sendiri. Sedihnya. 

Saya sendiri walaupun ada beberapa jenama yang masih berhutang dengan saya atas beberapa urusan semasa berniaga fesyen, yang sudahpun hampir memasuki dua tahun tertunggak, saya masih tidak sampai hati untuk mengejar bayaran sepenuhnya. Kata saya kepada mereka, bayarlah sikit-sikit bila ada untung. InshaAllah kalau ada rezeki saya, takkan ke mana. 

Untuk rakan-rakan saya yang masih berniaga di luar sana terutama di mall, berjuanglah, berjuanglah, berjuanglah andai itu saja pilihan yang anda ada. Semoga Allah permudhakan semua perkara untuk kita semua. Amin. 

Sumber: Mona Din

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.