(Video) Bayi ditampar, dipukul 12 kali dan dilambung 10 kali oleh pengasuh

loading...

Viral di media sosial, seorang bayi didera oleh wanita yang dipercayai pengasuh warga asing dalam kejadian yang tidak dinyatakan lokasi itu mengundang kemarahan netizen. 

Video rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi hampir dua minit itu menunjukkan, seorang bayi di atas katil sedang menangis sebelum pengasuhnya datang membuka selimut lalu memukulnya. 

Wanita itu memukul belakang badan mangsa sebanyak lapan kali dan dilambung 10 kali bagi menghentikan mangsa dari terus menangis, selain menampar muka mangsa sebanyak dua kali. 

Malangnya, tindakan dia tidak membantu sebaliknya semakin mengeruhkan keadaan. Berang dengan keadaan itu, wanita terbabit sekali lagi memukul kepala mangsa dua kali sebelum membawanya keluar dari bilik berkenaan. 





Sementara itu di media sosial, netizen meluahkan rasa geram dengan tindakan pengasuh yang dipercayai boleh menyebabkan gegaran otak pada kepala mangsa. 

"Jika bayi itu anaknya, kemungkinan dia sedang mengalami penyakit meroyan. Bawalah berubat. Jika di pembantu rumah, maka ibu bapa bayi itu harus mengambil tindakan ke atasnya. Jangan dibiarkan dia menyentuh lagi anak anda. Menyesal kemudian tiada gunanya," kata Ramli Sadli. 

"Kalau anak aku yang orang tu buat macam tu, kalau bukan aku yang mati, dia yang mati aku kerjakan. Menyirap darah aku tengok," kata Hajra Juda yang berang dengan tindakan pengasuh berkenaan.

"Ya Allah, sianya baby. Ini buat aku fikir panjang nak bagi orang mengasuh anak aku ke tak. Orang sekarang cuma fikir duit saja. Sian, budak itu tak bersalah. Ya Allah, lindungi anakanak dari manusia berperangai syaitan. Amin," kata Suzana Zana. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.