Tendang kakitangan BNM, penganggur dipenjara 12 bulan

loading...

KUALA LUMPUR - Padah mengulangi perbuatannya, seorang penganggur dijatuhkan hukuman penjara selama 12 bulan dan didenda sebanyak RM1,500 oleh mahkamah majistret hari ini selepas lelaki itu mengaku bersalah di atas perbuatannya itu, lapor mStar. 

Marmi Zabrin Mian, 34, mengaku telah mencederakan penganalisis Bank Negara Malaysia (BNM), Or Su Lin, 34, di jejantas Jalan Raja Laut pada jam 1.30 petang, Isnin lalu. 

Majistret Rahni Kartini Abd Rahim menjatuhkan hukuman maksimum penjara 12 bulan dan denda RM1,500 serta tiga bulan penjara sekiranya gagal membayar denda tersebut. 

Marmi yang tidak diwakili peguam juga turut mengaku bersalah untuk tuduhan kedua pada atau di tempat dan masa yang sama, dan dia dipenjarakan tiga bulan penjara. Kedua-dua hukuman penjara itu berjalan serentak. 

Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Zikri Jaafar memaklumkan kepada mahkamah bahawa kes itu telah viral di media sosial. 

"Tahun lepas dia mengaku melakukan perbuatan yang sama. Modus operandi yang dilakukan juga sama. Dia menyorok di belakang mangsa wanita dan menendang mereka," katanya. 

Justeru, pihak pendakwaan meminta agar hukuman penjara dikenakan terhadap tertuduh. 



Dalam kejadian Isnin lalu, Or Su Lin secara tiba-tiba ditendang oleh Marmi sehingga terjatuh terduduk di tangga jejantas. Marmi kemudian berlalu pergi tanpa mempedulikan mangsa yang mengalami kesakitan di bahagian belakang badan.

BERITA BERKAITAN: 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.