Sotong Malaya lunyai dibelasah lagi 1-4

loading...
PEMAIN skuad Harimau Malaya (jersi putih) terpaksa menelan kepahitan setelah tewas 1-4 sekali lagi kepada Korea Utara pada aksi kelayakan Piala Asia 2019 di Buriram, Thailand malam tadi.

Apa sudah jadi kepada bola sepak Malaysia?
Skuad Harimau Malaya terus hilang taring apabila dimalukan buat kali kedua oleh Korea Utara menerusi jaringan sama 1-4 pada aksi timbal balik kelayakan Piala Asia 2019 di Stadium I-Mobile, Buriram, Thailand malam tadi.

Eksperimen pengendali Nelo Vingada yang memberi peluang kepada empat pemain muda iaitu Adam Nor Azlin, Ahmad Khairil Anuar, Syafiq Ahmad dan Amirul Azhan untuk beraksi dalam kesebelasan utama ternyata memakan diri apabila Malaysia cuma mampu bertahan 15 minit asakan Korea Utara yang dibimbing oleh Jorn Andersen, jurulatih dari Norway.

Penyerang sensasi republik itu, Kim Yu Song menjadi ‘duri dalam daging’ buat Malaysia apabila menghasilkan hatrik (m-15, m-20, m-44), manakala Pak Kwang Ryong turut mencatat nama selaku penjaring menerusi sentuhan pada minit ke-79.

Pemain gantian, Safawi Rasid memecah kebuntuan gol buat skuad Harimau Malaya apabila melakukan jaringan pada minit ke-85.

Kekalahan kali keempat daripada lima perlawanan menutup peluang Malaysia untuk melangkah ke pusingan akhir Piala Asia di Emiriyah Arab Bersatu.

Biarpun masih berbaki satu perlawanan menentang Lebanon di gelanggang lawan pada Mac tahun depan, namun ia sekadar pelengkap jadual Kumpulan B buat skuad negara.


Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.