Senarai Akhir 23 Pemain Ke Buriram, Thailand Bagi Dua Aksi Kelayakan Piala Asia 2019 Bertemu Korea Utara

loading...


Berikut senarai akhir 23 pemain dipilih pengurus merangkap ketua jurulatih kebangsaan, Nelo Vingada untuk terbang ke Thailand, esok (Selasa, 7 November) bagi menghadapi dua perlawanan Kumpulan B, Kelayakan Piala Asia 2019 bertemu Korea Utara di Stadium I-Mobile, Buriram pada 10 dan 13 November 2017.



Berdasarkan senarai nama di atas, Vingada telah memanggil dua pemain baharu iaitu Ahmad Khairil Anuar Zamri dari Perak dan Hadin Azman dari Felda United bagi menggantikan tempat Darren Lok dari Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Baddrol Bakhtiar (Kedah) yang dilaporkan mengalami kecederaan.

Sementara seorang lagi pemain dari JDT, Junior Eldstal yang sebelum ini berada dalam senarai awal 24 pemain yang diumumkan pada 1 November lalu turut tiada dalam senarai akhir Vingada, sekali gus menjadikan hanya 23 pemain akan dibawa ke Thailand.

Skuad Harimau Malaya yang memulakan latihan pertama, petang semalam akan turun menjalani latihan kedua & terakhir di Padang Wisma FAM, Kelana Jaya, petang ini sebelum berlepas ke Buriram melalui Bangkok, pagi esok.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.