'Sedih bila tak cukup bukti nak dakwa orang melanggar kereta kita' - 4 perkara utama yang perlu dibuat jika terlibat dalam kemalangan

loading...

Bila berlaku kemalangan jalan raya, apa yang biasa orang kita buat?

"Oh senang je soalan ni. Macam biasa, keluar dari kereta untuk tengok tahap kerosakan pada kereta sendiri dan kereta si polan. Kemudian ambil steering lock bawah kerusi pemandu dan acah-acah gangster walaupun kau bersalah atau tak bersalah. Kemudian minta bayaran ganti rugi beratus atau beriban mengikut jenama kereta." 

Jangan begitu, itu bukan cara yang betul untuk menyelesaikan kes kemalangan di jalan raya. Sebaliknya, gunakan pendekatan yang profesional dan tidak dipengaruhi dengan rasa marah dan stress seperti yang disarankan oleh Peguam Naim Fital. 

ACCIDENT? WHAT TO DO?

With due respect, sekiranya ada dalam kalangan anda yang mempunyai ilmu yang lebih luas, anggaplah ini perkongsian dan peringatan semula sahaja.

Sejak memfokuskan diri dalam kes-kes kemalangan jalan raya @ personal injury cases 5 bulan yang lalu, ada beberapa perkara yang saya fikirkan wajar diberitahu kepada rakan-rakan sekalian untuk kepentingan dan hak anda juga apabila berlaku kemalangan. 

Nauzubillahi min zalik. Bukan meminta, tapi malang kan tidak berbau. Maka sediakan payung sebelum hujan adalah lebih baik. 

Tips ini saya kembangkan daripada isu-isu yang kebanyakannya melibatkan anak guam saya sendiri yang kadang-kala kekurangan "evidences" disebabkan tiada pengalaman dan ilmu tentang apa yang perlu dibuat apabila berlakunya "accident".

PERTAMA: SEGERA AMBIL GAMBAR

Gambar adalah sangat penting sebagai bahan bukti. Di zaman yang serba canggih ini, saya percaya 95% pengguna telefon pintar di Malaysia pakar dalam mengambil gambar.

Tanpa mementingkan kualiti, sekiranya anda berada dalam keadaan sedar dan mampu memegang telefon, pastikan anda mengambil gambar kenderaan yang melanggar anda, no plat kereta, lokasi kejadian, kedudukan kereta dan sisi kereta yang dilanggar.

Sekiranya, anda cedera teruk tak mampu berbuat apa-apa, maka pesanlah pada orang awam yang ada di sekeliling untuk ambilkan gambar di lokasi kejadian.

Kenapa? Ini bagi membantu siasatan pihak polis juga. Kerana ada kalanya pihak polis lewat sampai, atau laporan polis lewat dibuat dan menyebabkan pada hari siasatan dijalankan, kesan kemalangan dan serpihan-serpihan kenderaan sudah dibersihkan dek hujan dan angin. Natijahnya, evidences untuk buktikan kes menjadi sedikit tidak sempurna.

KEDUA: AMBIL NO TELEFON

Ya, ini satu lagi kesilapan ramai di antara mangsa-mangsa kemalangan jalan raya. Maklumlah, "accident" ini bukan perkara rutin yang berlaku setiap hari dalam hidup kita kan? Jadi untuk fikir ambil nombor telefon dan ambil gambar ini adalah jauh sekali! Yelah, tengah sakit, patah riuk ni, ada kesempatan lagi ke nak fikir semua tu kan? Mestilah tidak bukan.

Jadi, pesanan saya, ambillah no telefon orang yang mula-mula datang membantu anda ketika anda kemalangan tersebut. Lebih baik lagi kalau orang itu menyaksikan kemalangan itu berlaku. WHY? sebab kita perlukan keterangan orang tersebut sebagai Saksi Bebas.

Rata-rata, bila saya tanya "Encik, ada tak sesiapa yang tengok kejadian accident ini? ada tak dia datang tolong encik"? Jawapannya ADA.

Tapi bila saya tanya "Okey, Encik kenal tak siapa orang tersebut? Boleh tak contact dia untuk buat report polis?" 

Jawapannya, "Alaa saya takde pulak. Tak terfikir pun nak ambil nombor telefon." :(

So sad right? Jadi dalam keadaan seperti ini, evidence jadi sedikit lemah untuk membuktikan dakwaan kita terhadap orang yang melanggar kita. See? Penting kan ambil nombor telefon orang yang menolong kita masa kemalangan. Barangkali dia boleh membantu kes anda di mahkamah.

KETIGA: SEGERA PERGI KE HOSPlTAL

Oh please jangan menyinggah balik rumah dulu atau ke kedai dulu. Direct go to the hospital. Kalau yang cedera teruk, sure ambulance akan bawa terus ke hospital. Ini yang jenis accident patah tangan, kemudian boleh jalan, pergi balik rumah dulu dan tdur dulu. Esok baru nak pergi hospital.

Please jangan delay ke hospital untuk dapatkan pemeriksaan dan rawatan dari Emergency Department. Isu lewat ke hospital ini akan mencacatkan kes anda.

Yelah, accident pukul 10 pagi, 10 malam baru ke hospital, kemudian anda claim anda patah tangan (misalnya). Other side boleh simply kata, dalam tempoh 12 jam lepas accident, entah-entah anda ini dah jatuh di bilik air kemudian patah tangan, dan ia bukanlah disebabkan oleh accident jalan raya pukul 10 pagi tadi. 

See? Jangan beri ruang untuk orang pertikai kesahihan kecederaan anda. So segeralah ke hospital sesudah kemalangan atau anda bersedialah dengan jumlah ganti rugi yang kecil sahaja disebabkan ada keraguan terhadap kecederaan tersebut.

KEEMPAT: SEGERA BUAT LAPORAN POLIS

Tak kiralah sama ada anda ada lesen atau tak. Kalau dah terlibat dalam kemalangan dan menyebabkan kecederaan pada tubuh badan anda, maka segeralah buat laporan polis. Jangan tunggu sehari, seminggu hatta sebulan baru nak pergi buat repot.
  • Unless kalau memang tiada daya upaya seperti terlantar di hopsital untuk sebulan lamanya. maka buat la report sesudah itu.
  • Unless kalau kecederaan yang teruk sehingga menyebabkan mental disorder, atau memory impairment. Maka ahli sedara yang tahu akan kemalangan tersebut segeralah buat laporan polis agar pihak polis boleh proceed dengan siasatan.

Untuk adik-adik yang tak ada lesen, adik janganlah risau sampai tak nak buat report. Saman sebab tak ada lesen tetap kena bayar! Tapi jangan bimbang, hak adik untuk tuntut terhadap kecederaan masih dilindungi di bawah undang-undang. *terpakai juga untuk abang-abang yang tak ada lesen,

Kalau lambat buat laporan polis, boleh jadi anda akan dituduh mereka-reka cerita. Yelah, wujud kes-kes seperti ini di luar sana demi mengaut keuntungan daripada tuntutan kecederaan tersebut.

Lagi satu, akibat kalau tak buat laporan polis. Bagi pihak yang melanggar ni, boleh jadi insurans tidak mahu bertanggungjawab. Bila insurans tak nak tanggung, haaa parah atas kepala.

KESIMPULAN

Jadi beringatlah semua. Semoga yang membaca perkongsian ini dapat sampai-sampaikan kepada rakan-rakan taulan yang lain akan perkara-perkara di atas. 

Sememangnya bukan perkara yang fun kalau hari-hari saya baca laporan "pecah kepala" "putus jari" "pecah kepala lutut" "siku bengkok" atau "paralys" dan "kematian". Maka, sayangilah nyawa anda, serta persiapkanlah ilmu, agar apabila tiba hari yang tidak berbau ini, hak anda dapat dilindungi dengan baik di sisi undang-undang. insyaAllah doakan saya rajin menulis lagi untuk tips seterusnya.
terima kasih

Naim Fital
H.S Dhillon & Co
Peguambela & Peguamcara

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.