'Saya rela bunuh dia dari beri kepada orang lain' - Ibu terpaksa bunuh anak (OKU) kerana bimbang tiada orang mahu menjaganya

loading...

CHINA - Seorang wanita warga emas dijatuhkan hukuman penjara selama tiga tahun atas kesalahan membunuh anaknya yang kelainan upaya. 

Wanita yang hanya dikenali sebagai Huang, 83, berasal dari selatan China didapati bersalah oleh Mahkamah di Ghounzhou, wilayah Guangdong, kerana membunuh anaknya yang berusia 46 tahun. 

Bagaimanapun, alasan yang diberi oleh Huang menyebabkan mahkamah memberi penangguhan pelaksanaan hukuman selama empat tahun. 

"Walaupun dia bersalah, dia layak mendapat pengampunan," kata Wan Yunfeng, pengerusi mahkamah dan ketua hakim. 




Dalam perbicaraan kes 9 Mei lalu, Huang mendedahkan dia telah memberi 60 biji pil tidur kepada anaknya sebelum menjerut leher mangsa dengan skaf sutera dan menutup hidungnya dengan pad kapas. Selepas melakukan perbuatan itu, Huang menyerah diri ke balai polis.

Pada perbicaraan 21 September yang lalu, Huang mengakui dia terpaksa membunuh anaknya, Li, 46, kerana bimbang tiada sesiapa yang mahu menjaganya selepas dia meninggal dunia. 

"Saya tidak pernah berputus asa dengannya, dia anak saya. Tetapi kesihatan saya semakin merosot sejak dua tahun lalu menyebabkan saya sukar untuk menjaganya. 

"Saya semakin tua dan lemah. Mungkin saya mati sebelum anak saya. Saya dapat idea untuk membunuh dia seminggu lalu," kata Huang sewaktu dia menyerah diri kepada pihak polis. 

Huang turut mengaku menulis nota sebelum memberi pil tidur kepada anaknya dan menjelaskan bahawa tindakannya itu adalah ideanya sendiri dan tiada kaitan dengan sesiapa. Li yang dilahirkan tidak cukup bulan dengan beberapa kecacatan mental dan fizikal menyebabkan dia tidak boleh berjalan serta bercakap. 





Ketika perbicaraan, pendakwa raya mempersoalkan tindakan Huang yang tidak menyerahkan Li kepada abangnya. Huang berkata, dia tidak mahu membebankan abangnya. 

"Ini salah saya sebab melahirkan Li dan membuat dia merana. Saya rela membunuh dia dari memberi kepada orang lain," kata Huang. 

Sementara itu, anak sulung Huang berkata, ibunya menjaga Li semenjak lahir dan terpaksa berhenti kerja ketika Li berusia 10 tahun untuk penjagaan sepenuh masa. 

Hukuman penjara tiga tahun yang dijatuhkan ke atasnya bagaiman ditangguhkan pelaksanaannya selam aempat tahun. 

Sumber: mStar Online

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.