Saya Menghidap Kanser Limfoma, Pernah Doktor Beritahu Ada Setahun Sahaja Untuk Hidup – Elyana

loading...


Disebalik kelincahan dan semangat Elyana Emrizal untuk menghiburkan penonton di atas pentas Gegar Vaganza 2017, siapa sangka beliau memendam rahsia dan sedang berjuang melawan penyakit kanser Limfoma tahap 4. Elyana sebenarnya sudah 7 tahun berjuang melawan penyakit tersebut.

Saya tidak mahu menyembunyikan apa-apa daripada peminat, oleh itu secara spontan saya membuat pengumuman mengenai kanser yang saya hidapi. Sudah tujuh tahun saya berjuang dengan kanser Limfoma dan sekarang hanya mampu berdoa kepada Allah selepas puas berikhtiar. Ada satu ketikanya, saya menghilangkan diri kerana berubat, namun kos perubatan kimoterapi memakan sejumlah wang yang besar. Jadi saya memilih untuk menggunakan alternatif lain.

Elyana akui setiap malam beliau terlalu fobia untuk melelapkan mata kerana bimbang tidak akan bangun pada keesokan harinya untuk berjumpa dengan anak perempuannya.


Pernah hilang seketika dari dunia seni, Elyana memberitahu ketika itu beliau berada dalam keadaan lemah. Malah, doktor pernah memberitahu beliau hanya mempunyai masa setahun sahaja untuk hidup.

Saya tahu ada yang kata saya sombong tolak persembahan semua, sedangkan badan saya ketika itu sedang mengembang dan rambut gugur. Doktor beritahu saya ketika itu saya hanya ada setahun untuk hidup. Saya nekad berhenti kimo dan cabar diri saya untuk berjuang. Syukur umur saya panjang sampai hari ini.


Teruskan berjuang Elyana dan jangan pernah putus asa untuk melawan penyakit anda. Kami mendoakan yang terbaik buat anda. Semoga pesakit kanser yang lain diluar sana juga turut positif seperti Elyana.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.