Remaja maut terkena renjatan elektrik dari kabel pengecas iPhone

loading...

Seorang remaja perempuan berusia 14 tahun dilaporkan maut selepas terkena renjatan elektrik dari kabel pengecas telefon bimbitnya, lapor China Times. 

Dalam kejadian Ahad lalu di rumahnya di Hoan Kiem, Vietnam, mangsa, Le Thi Xoan, 14, sebelum itu masuk ke biliknya untuk tidur. Dalam masa yang sama, Xoan mengecas iPhone 6 miliknya dan meletak telefon itu di atas katil. 

Malangnya, tindakannya itu membawa padah apabila mangsa terkena renjatan elektrik. 

Ahli keluarga yang menyedari kejadian itu segera menghantar mangsa ke hospital untuk mendapatkan rawatan. Tetapi mangsa tidak sempat diselamatkan dan disahkan telah meninggal dunia akibat terkena renjatan elektrik. 

Menurut pihak polis, mereka mengesyaki mangsa maut akibat terkena renjatan elektrik yang berpunca dari kabel pengecas telefon. Polis juga menemui kabel pengecas telefon yang mempunyai kesan hitam di hujungnya (output) yang dipercayai kesan terbakar. 


Siasatan juga mendapati, kabel pengecas telefon itu juga mempunyai kesan koyakan kecil (outer jacket/TPE jacket) di hujung output, yang mendedahkan wayar di dalam kabel tersebut, dipercayai menjadi punca mangsa terkena renjatan elektrik. 

Bagaimanapun, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan sama ada kabel yang digunakan oleh mangsa itu adalah kabel yang tulen dibeli dari Apple Store atau kabel tiruan. Pihak polis masih menyiasat kejadian tersebut. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.