'Pukul arr! Tumbuk arr!'

loading...

JOHOR - Viral di media sosial video seorang pemandu kereta cuba melakukan provokasi terhadap pemandu wanita hanya kerana perselisihan faham yang boleh dielakkan. 

Dalam kejadian jam 5.30 petang, Khamis lalu di KM 34.4 Lebuhraya Senai Utara, mangsa yang memandu kereta Perodua mendakwa dia telah dimarahi dan dimaki hamun oleh pemandu Proton Saga BLM, selain diprovok untuk menumbuk mukanya. 

"Semasa saya memandu kereta untuk pulang ke rumah di Taman Senai Baru, apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, saya telah berhenti di lorong sebelah kanan. Tiba-tiba ada sebuah kereta jenis Saga BLM berwarna silver mendekati belakang kereta saya dengan rapat. 

"Selepas itu, kereta tersebut telah berhenti di sebelah kereta saya dan menurunkan tingkap sebelah pemandu. Selepas bertanya kepadanya 'Apa masalah?', lelaki itu memaki hamun sebelum beredar meninggalkan kami. 

"Namun secara tiba-tiba lelaki itu memberhentikan keretanya di persimpangan industri murni dan menghalang kereta saya dari meneruskan perjalanan. Saya turun dari kereta dan bertanya apa masalah lelaki itu. 


"Dia kata, 'kau yang bodoh, jalan besar kenapa nak berhenti?!', malah saya dimaki hamun dan dilemparkan dengan kata-kata kesat," katanya. 

Bimbang dengan keselamatan diri, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.