Pengantin perempuan fail saman terhadap teman lelaki kerana tak muncul di hari perkahwinan

loading...

THAILAND - Berang teman lelaki tidak muncul pada hari perkahwinan, wanita failkan saman terhadap lelaki berkenaan, lapor mStar Online. 

Arunee Jaengkrachang, 24,  sepatutnya berkahwin dengan teman lelakinya, Boonyang Sawatdee, 26, di rumahnya di Kampung Khaodin, daerah Kabin Buri, pada 22 Oktober lalu. 

Tetapi Boonyang menjelaskan bahawa dia tidak datang pada hari itu kerana dia tidak mampu menyediakan wang hantaran yang telah ditetapkan oleh keluarga Arunee. 

Difahamkan, keluarga kedua-dua pihak sebelum ini telah bersetuju dengan penetapan wang hantaran berjumlah 200,000 Baht (RM25,563). 

Sehari sebelum majlis itu, Boonyang telah bertemu dengan ibu bapa teman wanitanya untuk persiapan terakhir tanpa menunjukkan sebarang tanda-tanda yang mencurigakan seperti akan membatalkan perkahwinan mereka. 



Namun pada hari perkahwinan, Boonyang dan keluarganya tidak muncul sehingga menimbulkan rasa hairan keluarga pengantin perempuan. Menyedari ada sesuatu yang tidak kena, Arunee kemudian menghubungi Boonyang. 

Pada awalnya, Boonyang menjelaskan bahawa semua berada dalam keadaan baik dan meminta majlis ditangguhkan kerana tidak sempat tiba pada waktu yang ditetapkan. Selepas beberapa jam, Boonyang tetap juga tidak muncul. 

Berang dengan keadaan itu, Arunee dan ibu bapanya kemudian pergi ke rumah Boonyang di Sa Keo. Malangnya lelaki itu dan keluarganya dipercayai telah melarikan diri. 



Ekoran kejadian yang memalukan itu, keluarga Arunee mendakwa mereka telah mengalami kerugian lebih 100,000 Baht (RM12,789) bagi perbelanjaan majlis perkahwinan dan masih berhutang kos makanan sebanyak 22,000 Baht (RM2,813). 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.