Pelajar IPT dirogol di Menara U2?

loading...

Viral di laman Twitter dan Facebook yang mengatakan seorang pelajar IPT dirogol dalam rumahnya sendiri di Menara U2, mencetuskan kebimbangan orang ramai. 

Tweet yang dimuat naik oleh Fatin Ahmad Nizam itu semalam mengatakan, kejadian itu berlaku di Menara U2, Shah Alam, merupakan kes kedua selepas seorang pelajar IPT dirogol oleh lelaki yang berpura-pura bertanyakan arah jalan sebelum menarik mangsa ke dalam kereta lalu dirogol dan disamun. 

"Last week student U**M Shah Alam dirogol and it was so fast tanya-tarik-rogol. Dan hari ini student dirogol di Menara U2. Again, Shah Alam. 

"Mangsa balik rumah seorang-seorang and suddenly dirogol. Even dekat rumah sendiri pun tak selamat seorang-seorang," katanya yang meminta golongan wanita berhati-hati. 


Berdasarkan screenshot WhatsApp yang tersebar, Dini berkata, kejadian berlaku ketika mangsa sedang membuka pintu rumah dan didatangi oleh lelaki yang tidak dikenali yang terus masuk ke dalam rumah. 

Menurut Dini, rakan sebiliknya juga hampir menjadi mangsa lelaki berkenaan sebelum ini dan dia tidak menolak kemungkinan bahawa individu yang sama telah merogol pelajar berkenaan. 



Bagaimanapun, semakan di semua portal berita tempatan dan portal Sebenarnya.my tidak menemui sebarang laporan mengenai kejadian tersebut. 

Tidak dapat dipastikan sama ada berita yang tersebar itu adalah sahih atau sebaliknya, namun golongan wanita dinasihatkan berhati-hati dan tidak berjalan seorang diri pada waktu malam bagi mengelakkan perkara yang tidak diingini berlaku. 

SUMBER RUJUKAN

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.