Kuda disebat sampai cedera kerana kalah dalam perlumbaan?

loading...

Viral di media sosial beberapa gambar seekor kuda yang cedera di bahagian punggungnya dipercayai dipukul oleh pemiliknya setelah tewas dalam pertandingan. 

Gambar-gambar kecederaan yang serius pada kuda itu mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang menganggap pemiliknya kejam dan tidak berhati perut kerana tergamak menghukum haiwan itu sehingga cedera parah. 

Bagaimanapun, dakwaan yang tersebar di media sosial itu tidak benar sama sekali. Semakan mendapati, kes itu sebenarnya berlaku pada September tahun lalu di bandar Iguatu, Brazil.

Menurut Polis Iguatu, pemilik haiwan berkenaan, Helios, yang datang ke balai dan membuat laporan mengenai kejadian yang menimpa kudanya. 

Helios mendakwa kuda itu telah ditoreh dengan senjata tajam oleh rakannya bernama Italo. 

"Saya menjaga kuda ini seperti anak sendiri dan adalah mustahil saya nak melakukan perkara menyakitkan seperti ini padanya. 





"Saya percaya kejadian ini didalangi oleh rakan saya sendiri, namun saya tidak pasti apa motif dia mencederakan kuda saya," katanya yang juga mengatakan dia tiada sebarang masalah dengan Italo. 

Tidak diketahui sama ada suspek berjaya ditangkap atau tidak. Namun kuda itu telah diberikan rawatan dan kesemua luka-lukanya telah dijahit. 

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.