Isu Kritikan : Nabil Ahmad Bakal Ambil Tindakan Undang-Undang Terhadap Chef Wan?

loading...


Susulan beberapa kritikan pedas Chef Wan terhadapnya yang mendapat perhatian ramai, pelawak dan pengacara Nabil Ahmad memberi amaran kepada selebriti terkenal tersebut agar tidak lagi memuat naik sebarang status berbaur hasutan yang mampu menutup periuk nasinya.

Nabil juga sebelum ini ada memuat naik satu video respon balas terhadap Chef Wan di akaun Instagramya tetapi beliau memadam video tersebut selepas mendapat pelbagai reaksi daripada netizen. Nabil bukan ego tetapi melakukan perkara tersebut atas nasihat peguamnya yang kini sedang mengumpul bukti terhadap isunya bersama Chef Wan.


Kalau ikut saya memang saya tidak mahu layan tapi peguam yang menjaga kerjaya saya menganggap ia sebagai sesuatu yang serius dan merosakkan reputasi. Dia minta saya respons bukan untuk bergaduh sebaliknya sebagai bukti kepada klien. Saya perlu menjaga nama baik saya kerana beberapa produk besar yang saya tandatangan meminta penjelasan tentang itu.


Menurut Nabil, beliau hanya menjalankan tugas sebagai seorang pengacara seperti yang diminta oleh pihak produksi untuk menghiburkan penonton. Nabil akui setelah apa yang berlaku, beliau sudah hilang rasa hormat terhadap Chef Wan yang selama ini menjadi idolanya untuk berjaya sehingga ke peringkat antarabangsa.

Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.