Inilah Pesanan Che Ta Buat Fazura Selepas Berkahwin Dengan Lelaki Muda Darinya

loading...


Semalam, peminat industri hiburan tempatan dikejutkan dengan berita gembira pelakon Fattah Amin dan Fazura sudah sah bergelar suami isteri hanya dengan sekali lafaz dalam sebuah majlis tertutup yang diadakan di hotel Ritz Carlton, Kuala Lumpur.

Pernikahan itu juga mendapat perhatian Che Ta yang memberikan sedikit nasihat kepada Fazura yang bersuamikan lelaki muda.

Setiap pasangan berbeza dan jarak saya dengan suami agak jauh berbanding Fattah dan Fazura, mereka baru tujuh tahun beza.  Apa yang boleh saya nasihat ialah kena banyak reda dan saling bertolak ansur kerana cara pandangan kita dan dia (lelaki) berbeza. Kadang-kadang kita jangka dia akan buat perkara ini, tapi dia buat lain.


Pilih lelaki lebih muda kita perlu belajar dan tidak boleh jangka apa yang mereka fikir sama. Soal anak contohnya, Zain mahu anak ramai tapi pada fikiran saya pula yang penting ialah kualiti bukan kuantiti.

Terdahulu, Fattah dan Fazura menerusi satu sidang media khas memberitahu mereka masih lagi menguruskan dokumen pernikahan mereka dan bakal menghadiri kursus kahwin. Mereka merencana untuk bernikah pada penghujung tahun ini dan akan mengadakan dua majlis resepsi pada tahun depan khas untuk keluarga, rakan media dan peminat.


Ini yang dinamakan jodoh,  siapa sangka mereka bernikah lebih awal bukan? Ramai yang mendoakan kebahagiaan Fattah dan Fazura dan menantikan kenyataan rasmi daripada mereka berdua pula.


Lagi Yang Viral

Powered by Blogger.